Assalamualaikum..semoga semua dalam peliharaan Allah. Entri kali ini diblog Cik Mas ini adalah lebih kepada rasa hati Cik Mas yang melalui kejadian ini baru-baru ini. Mungkin ada yang tak sependapat ada yang tak serasa tapi tulisan ini adalah pandangan dan rasa Cik Mas sendiri.
Pernah tak anda semua melalui peristiwa sedang makan atau berjalan tiba-tiba didatangi oleh peminta sedekah atau penjual keropok/tisu? Mereka ini sering berada dipintu masuk bank, shopping complex, tepi jalan, kedai makan dan macam-macam lagi tempat. Kadang-kadang dia orang ini berseorangan, berdua dan berkumpulan. Ada yang muda, ada yang tua,ada lelaki dan perempuan.
Peristiwa Cik Mas lalui berlaku disebuah kedai makan. Ada seorang lelaki dalam lingkungan 30an memegang keropok untuk dijual menyapa semua pelanggan yang hendak membuat bayaran dikaunter. Sapaan lembut dengan harapan ada yang membeli keropok jualannya. Sambil menyapa menawar keropok sambil menunduk hormat. Dari wajahnya memang Cik Mas tengok keletihan.
Disapanya 2 orang wanita bertudung manis tapi yang buat Cik Mas angin satu badan mereka langsung tak menoleh pada penjual keropok tu walau sapaannya jelas kedengaran. Nak kata pekak boleh pula berbual sesama sendiri masa beratur tadi. Manalah budi bahasa. Sekolah manalah dulu..rasanya kalau masuk sekolah jenis cina atau tamil apatah lagi kebangsaan mesti ada belajar adab. Kalau tak nak beli pun pandanglah, senyumlah. Pastu cakap tak nak. Adoi tu pun nak diajar ke? Kalau suara tu merdu macam Dato Siti Nurhaliza takut hilang eksklusif bolehla diterima. Kalau rasa suara tu mahal..cukuplah senyum dan geleng kepala. Senyum tu kan sedekah. Mana tau sebab senyum kita dia menjadi lebih semangat untuk berjual tidak putus asa. Untuk mencari wang untuk keluarga yang susah dikampung. Mencari wang untuk membayar hutang yang bertimbun. Mencari wang untuk keperluan adik menyambung pelajaran. Kalau senyum kan dapat pahala percuma. Jangan sombong...senyum.
Cik Mas pun hairan kenapa mesti bersikap macam tu. Cik Mas fahamla kalau orang tu peminta sedekah yang asyik datang ke meja makan sewaktu makan. Mungkin kita terganggu atau rimas, tapi orang ni menawarkan produk. Bukan dia paksa beli pun dan bukan tengah makan pun. Rasa Cik Mas kalau peminta sedekah pun rasanya tak patut kita kita tak pandang dia walau tidak mahu menghulurkan sedekah. Sombongkan?
Macammana kalau diakhirat nanti kalau Allah dan Rasul berpaling dari kita? Tak takut ke di akhirat nanti orang yang kita mahu mohon ampun atas dosa didunia tidak memandang kita? Cik Mas rasalah setiap peminta sedekah/penjual keropok/tisu bila mereka melangkah keluar dari rumah mereka, mereka sedar dan tak mengharap setiap orang yang ditemui akan memberi sedekah atau membeli barangan mereka. Tapi dihati mereka rasanya lebih banyak mengharap janganlah mereka bertemu dengan orang yang menghina atau memandang mereka seperti sampah.
Cik Mas bukan sarankan kita kena beli setiap barangan mereka tapi apa yang nak ditekankan disini adalah elok kalau menolak dengan berhemah, bersopan seperti ayunya wajah kita. Terutama kaum perempuan..kita ni jarang ke masjid untuk sedekah duit ke tabung masjid. Ada pulak bila pergi lupa bawak duit. Kadang-kadang tak lupa bawa duit tapi cari duit kecik tak ada..tak jadi sedekah juga. Mungkin diorang ni antara cara kita bersedekah.
Cubalah Aaron Aziz atau Neelofa berdiri kat situ, dia tak tegur pun mesti kita yang tegur dia. Siap bergambar lagi. Tulah kita selalu kata kita sentiasa tak lupa bersyukur..buktinya kita sebut Alhamdulillah. Tu aje? Kalau bersyukur dengan rezeki kita, kenalah juga agihkan kat orang lain. Pernah dengarkan..."duit yang kita dapat bukan semua hak kita. Ada juga hak orang lain dalamnya".
Agaknya orang-orang macam nilah kena tipu dengan sindiket 'gores dan menang'. Hairan pula kalau dengan sindiket ni boleh pula berborak panjang sampai keluarkan duit. Orang macam inilah agaknya kena tipu puluh ribu ringgit dengan sindiket 'Love Scam' sebab pandang sangat abang Afrika. Allahhualam..emosi sikit Cik Mas ni sebab gerammmm.
Berbalik pada penjual keropok, Cik Mas dapat tahu kebanyakan mereka berasal dari Pattani, Thailand. Untuk pengetahuan semua orang Pattani kebanyakannya adalah orang Islam. Kehidupan mereka susah sebab ditidas dan dipinggir dari pembangunan kerana mereka ni golongan minoriti. Islam di Pattani telah bermula pada kurun ke 12 lagi, lebih awal dari Tanah Melayu.
Allah bagi rezeki pada kita hari ini, tak bermakna sepanjang hidup kita diberi rezeki. Macam musim hujan ada juga masa panasnya. Jangan sebab sikap sombong kita rezeki kita ditarik oleh Allah. Jangan sebab kedekut kita ada anak yang kelaparan. Jangan sebab sombong kita, kita dimurka Tuhan. Allah maha kuasa maha mengetahui. Orang yang tak disukai ramai, sering dimuliakan Allah. Orang yang dikutuk dan dihina ramai, sering orang yang benar disisi Allah. Orang yang kita sisihkan sering mendapat tempat dihati orang lain. Dan kita pula jangan jadi orang yang berduit tapi miskin, jangan jadi orang yang cantik tapi berwajah hodoh, jangan jadi orang yang celik tapi tak nampak apa dihadapan.
Hayati lagu Najwa...lirik ada Cik Mas letak di bawah.
***************************************************************************** Senyum senyum senyum
Senyum senyum
Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa
Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit
Ulang Verse
Ulang Chorus
Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit