Kebelakangan ni anak sulung Cik Mas selalu ajak makan restoran Jepun. Selepas beberapa kali dia ajak, Cik Mas pun bgtau Encik Suami...hihihi senang je cakap anak ajak.. Encik Suami dengan berat hati pun ikut kita orang..dlm kereta pun cuba utk gagalkan plan kita orang tapi 3 lawan 1..mesti 3 menang...yesssza

Sebelum masuk Encik Suami dah pastikan tempat ni ada pengesahan sijil halal...
Ni gambar dalam restoran lepas kita orang dapat duduk..Cik Mas tengok service cepat..duduk je waiter terus datang ambik order lepas tu makanan datang dlm masa 15 minit kot. Xadala tunggu lama. Masa tunggu tak ada boring sebab tengok makanan berjalan tepi Cik Mas.
Ha gmbar yang atas tu conveyer sebelah Cik Mas je. Ambik je mana berkenan. Restoran memang bersih. Pekerja pun kira mesra pelanggan.

Ni antara makanan yg singgah sekejap kat atas meja kita orang..kenapa singgah sekejap?sebab kita orang dengan laju menghabiskannya dan masukkan ke dalam perut. Maaf ye makanan lain x sempat ambik gambar sebab lapar..lagipun bila dah start makan lepas tu makanan lain sampai malas Cik Mas nak berenti makan utk ambik gambar. Utk yg rasa x blh mkn makanan Jepun yg kurang masak ni..blh juga order nasi macam gmbar kat atas. Tu Encik Suami punya. Semua puas ati makan kat sini.. kecuali Encik Suami. Dia kata x kenyang n nk berenti makan tempat lain kejap lagi..ahhh kita orang okay je..nk berenti 2-3 tempat lagipun ok. Anak2 ckp nak datang lagi..tp babah diorang buat xdengar je. Bila bil datang..kakak bayar bil..terimakasih kakak sebab belanja kita orang. Nanti belanja lagi ye. Arigato gozaimas..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan