Rabu, 10 Januari 2018

PARTY TEMA COWBOY 2018

 


      HAPPY NEW YEAR. SELAMAT TAHUN BARU. Cik Mas doakan semoga kita semua berjaya mengharungi 2018. Sekejap je 2017 berlalu. Bila pandang semula kebelakang banyak suka duka ditempuh. Hidup perlu diteruskan. Jangan biarkan kegagalan dan duka lepas menjadi kudis dalam diri kita. Cik Mas harap semua kawan-kawan pembaca blog ini mengharungi 365 hari tahun 2018 ini dengan penuh ceria.

       Seperti tahun-tahun lepas, Encik Suami ajak Cik Mas berbulan madu memang jauhlah tempatnya...Seksyen 9 Shah Alam.. hihihi orang Shah Alam bercuti di Shah Alam. Bermalam di Concorde Shah Alam tingkat 15 memang best. Bilik betul-betul mengadap masjid. Tingkat 15 adalah antara tingkat special di sini..lifnya tak bercampur dengan tingkat lain. Tapi Cik Mas bukan nak cerita pasal bilik..nak cerita pasal dinner 2018.

       Malam 31 Dec hotel ada anjurkan New Year Dinner. Tema tahun ni COWBOY. Cik Mas paksalah Encik Suami shopping barang cowboy di KL, tapi tak jumpa pun. Akhirnya pakai apa yang ada!!
Banyaknya gula kat gambar ni manis sangat ni..hihihi...
Macam COWBOY tak?


Macam biasa juga kami ditemani anak. Tapi anak bongsu tak ada. Ni tahun kedua dia tak ada sebab prepare untuk exam. Kesian kat dia tapi itulah pengorbanan. Semoga dia berjaya dalam peperiksaan. Jadi kami hanya ditemani oleh anak sulung saja..
Miss u Baby..




Bila tengok yang datang keliling Cik Mas semua ala ala cowboy. Macam cerita omputih la pulak.


Ni Hero dan Heroin ditawan oleh penjahat...hahaha


Emmm.. senyuman terakhir untuk 2017. Gambar ni diambil selepas Cowboy kekenyangan.



Encik Suami dipanggil untuk buat cabutan lucky draw. Di cabutnya nombor orang lain..Cik Mas rasa banyak juga hadiah cabutan bertuah malam tu..tapi tiga nombor Cik Mas langsung tak sangkut. Xada rezeki.


Ala-ala penyanyi yang menyanyikan lagu Final Countdown. We living together..but it still .😭😭 Hahaha biar betul..

Anak bongsu Cik Mas tak ada...gambar ni mesti lagi cantik kalau ada dia.
Jeng jeng jeng....malam tu Cik Mas diumumkan sebagai Lady Best Dress..malunya i...hihihi gedik..hadiahnya..

Terimakasih Concorde..dapatlah buffet dinner untuk 2 orang..
Selamat Datang 2018

Khamis, 7 September 2017

RESIPI RENDANG AYAM RATU

Dah kelas masak la pulak Cik Mas sekarang. Hahaha... untuk adik-adik jangan cakap akak tak ajar ke tak payung ke. Try masak ni bertambah sayang suami korang..

Selasa, 14 Februari 2017

ADIK MENANGIS DISUMBAT JARI KAKI, ADIK TERUS SENYAP











Terbaca sebuah kisah yang cukup meruntun hati, kisah anak jalanan yang serba kekurangan yang telah dimuatnaik ke laman Facebook oleh Puan Hamiatie Abd Hamid.

Dia memuatnaik sebuah cerita di mana seorang anak kecil yang sedang menangis kelaparan sambil dijaga oleh abangnya, apa yang berlaku sungguh menyentuh hati ramai orang. Jom kita baca.

ANAK KAKI LIMA.


Mati langkah kaktie keluar dari kedai tadi. kaktie nampak baby tengah tiarap di kaki lima kedai. Terdetik di hati, ya Allah ni anak sapa pulak ni? Kenapa la bagi tiarap di kaki lima? Rasa nak marah pun ada. Mak dia mana??


Kaktie pegi dekat dekat. Allah. Nak nangis. Dengan hingus meleleh. Abang dia jaga adik dia. Adik dia merengek rengek, abang dia sumbat ibu jari dia bagi adik dia hisap. Adik berhenti nangis.

Tapi hati kaktie nangis di dalam.😭

"Mana mak kamu?" Kaktie tanya si abang.

"Mak pi sanaaaa." Si abang tunjuk arah dengan muncungkan mulut. Tak tahu la mak dia kemana.

"Bapak kamu?" Kaktie masih tak puas hati.

"Kena tahan polis. Tiada IC." Dengan riak sedih si abang jawab soalan.

"Berapa bulan ni adik kamu? Kenapa kamu tak duduk rumah saja? Kesian adik kamu ni sejuk." 

Kaktie sedih tengok baby tu. Baring di kaki lima tanpa beralas. Meruntun naluri kaktie sebagai seorang ibu.

"7 bulan. Di rumah tiada makanan. Tiada duit beli makanan." Sambil lap hingus adik yang meleleh.

Kaktie dah taktau nak tanya soalan apa lagi. Kaktie nangis tengok baby tu. Masih hisap jari si abang. 

Kaktie nampak depan tu ada kedai roti. Kaktie masuk cari apa yang boleh dibeli untuk bagi baby tu dan abang dia. Kaktie capai susu ducthlady rendah lemak dan roti. Boleh la kot bagi hilang lapar baby nie.

Kaktie pegi balik tempat tu. Baby dan si abang baring berhadapan tanpa sebarang alas. Nampak abang dia sayang adik dia. Allahuakbar. Kaktie nangis sambil hulur bungkusan susu dan roti.

"Nah, bagi adik kamu minum susu nie. roti ni bagi dia mana sikit-sikit. Kamu pun makan sekali." Kaktie bagi arahan.

Dia bangun. Duduk sambil suap adik dia dengan straw. Dia buat 2 3 kali.

Kaktie tarik nafas, pusing dan masuk keta. Allah. Pelihara anak kaki lima itu.

Budak suku 'palauh' ni ada di merata rata. Diorang akan kejar kita untuk mintak duit. Selalu memang kaktie ikut mood jugak nak hulur. Bukan apa, kaktie prefer hulur makanan dari hulur duit. Sebab dorang memang akan salah gunakan duit tu. Dah selalu nampak depan mata.

Tapi kali ni yang kaktie jumpa tak ganggu orang pun. Dia tak kejar orang pun. Dia main je dengan adik dia. 😞

Allah, pelihara anak anak ini ya Allah.Hamiatie Abd Hamid

Rabu, 1 Februari 2017

KASIH SEORANG SUAMI


Ramai kita dengar katanya lelaki semua sama, bila isteri meninggal mulalah nak cari lain, betul ke kata-kata itu  satu hakikat atau sekadar tuduhan rambang?

Tidak semua lelaki begitu, ada yang setia sehingga pergi selama-lamanya berseorangan, perasaan rindu dan menyayangi arwah isteri sentiasa menebal dan kuat.

Sebuah kisah yang telah dikongsikan oleh seorang jurugambar bernama Mohd Hafizan Ilias cukup menyentuh hati netizen di mana seorang lelaki telah mengeluarkan gambar arwah isterinya semasa bergambar di majlis perkahwinan anaknya.



Harini saya berpeluang merasai suatu perkara, perasaan yg sangat berbeza, pakcik ni sangat hebat.. Saya halakan kamera untuk ambil gambar, "nanti kejap", katanya. 

Dia keluarkan sesuatu dari pouch bag nya, berbungkus kemas didalam plastik, dikeluarkannya satu gambar. Ye, apa yang selalu saya tengok dalam drama tv, filem2, terhidang depan mata. 

Gambar arwah isterinya yang telah pergi di semat kemas didadanya. Rasa macam kecil aje diri ni bila dibandingkan dengan pakcik ni.. Kasih, sayang cinta sampai syurga.. Rasa sebak, rasa tergenang mata, tapi tahan je lah.. (",)

**Perihal gambar :: Pakcik Omar memegang gambar isterinya dihari bahagia anaknya Hanim. ☺☺


Diceritakan oleh anaknya, awal-awal pagi lagi sebelum majlis beliau telah keluar balik ke Ipoh (kediamannya) dan pulang semula ke Parit, hanya untuk mengambil 'sampul' itu, Ye, beliau membawa kemana sahaja 'sampul' itu, mungkin tempat untuk letak 'ang pau' orang bersalam agaknya.

Semalam sebak rasanya bila melihat gambar dikeluarkan dari pouch bag nya. Hari ini, perasaan itu datang lagi, berkaca jugalah mata bilamana melihat isi 'sampul' yang dikeluarkannya adalah gambar arwah isterinya (Large scale) yang 'lebih terang', katanya. Mungkin risau gambar isterinya tak cukup jelas, maka diambilnya gambar yang lebih besar. Rasa bersalah pula saya tak tunjuk gambar dari kamera padanya.



"Nanti-nanti, tak cukup korum lagi ni.." sambil mengeluarkan potret itu dari sampul yang dipegangnya sambil ahli keluarga yang lain mengambil tempat. Barulah saya menekan shutter kamera, sambil tersenyum dan hati berbunga. Saya tau, mungkin ini kali pertama dan terakhir dalam hidup saya, bertemu orang sepertinya. Living legend, yang hanya dapat kita lihat di kaca tv, yang selalu kita baca didalam novel cinta.

Diceritakan juga setiap hari beliau ke pusara, membawa bunga untuk cinta hatinya, yang telah pergi hampir 4 tahun. Allahu, besarnya cinta pakcik Omar kepada arwah isterinya.

Moga beliau menjadi inspirasi agar kita jadi sepertinya, "bercerai kasih talak tiada".

Al-Fatihah untuk isteri beliau..

Hari ketiga 

Hari ini saya mengikuti keluarga ini untuk memotretkan momen majlis bertandang Nurul Hanim Omar dan Helmi di Batu Kurau, Perak. 

Saya merasakan momen ini amat indah dan ingin berkongsi agar ada diluar sana yang tau, tentang wujudnya cinta, kasih dan ikatan kekeluargaan yang boleh kita jadikan teladan agar menjadi lebih baik dari semalam, in shaa Allah. 

Maafkan saya jika ada gambar yang tidak sempurna dari segi teknikal, sesungguhnya tidak ada plot khas bagi kisah ini, tidak ada skrip lakon layar untuk momen ini.

Ye, beliau tidak pernah meninggalkan isterinya dimana-mana, beliau sentiasa membawanya kemana saja. Majlis bertandang, ramai tetamu yang asing baginya, namun, gambar itu tetap disisip didadanya tanpa rasa malu dan segan, Allah, dia ikhlas, saya tau dia ikhlas dengan cintanya.

Hampir usai majlis, di pegang tangan menantunya, agak lama juga beliau berbicara, saya tidak tahu apa bait-bait katanya, namun dapat saya dan kita semua agak apa maksudnya dengan riak wajah anaknya yang menahan sebak.

"Kamu kongsi gambar pakcik ye?", huhu ye pakcik, "Takpelah jika boleh memberi inspirasi", katanya. "Kamu ada kertas?" Saya terus ke kereta nak cari kertas, belum sempat sampai anaknya memberikan kertas kecil kepada pakcik Omar.

"Untuk kamu", sambil dia mengeluarkan pen dan menulis sesuatu pada kertas itu. Huhu nebes la pulak. "Semalam kamu tanya pada pakcik apa yang tertulis dibelakang gambar isteri pakcik kan?", sambil tersenyum. "Jangan buka sekarang, malulah pakcik".



Saya kongsikan gambar sekitar majlis dan sedikit gambar kandid ketika majlis ini, yang saya rasakan mampu bercerita untuk situasi ini.

Maafkan saya jika ada kesilapan dan kekhilafan disepanjang majlis berlangsung, pesanan dan kata-kata pakcik akan saya ingat selalu dan takkan saya lupa.

Nota kecil itu saya buka ketika singgah di RnR, saya termenung, sehingga terlupa masa berlalu. Sehingga lewat tiba di rumah.

Terima kasih ya Allah atas pengalaman ini..



'Bercerai Kasih Talak Tiada - Kau Pergi Sebelum Aku Bersedia Melepaskannya'

Al-Fatihah untuk arwah isteri beliau.

- Siakapkeli.my

 

Isnin, 2 Januari 2017

SELAMAT TAHUN BARU 2017

       



           Assalamualaikum semua. Cik Mas ucapkan selamat tahun baru. Semoga kita semua mendapat rezeki yg lebih baik pada tahun 2017 dan diberi kesihatan yang baik juga.

          Soalan favourite bila menjelang tahun baru ada dua: apa azam tahun baru dan mana nak pergi malam tahun baru? Tapi sejak dah berumur ni Cik Mas dah tak peduli benda-benda tu. Azam pun dah lama tak ada. Cik Mas pulak bukan jenis celebrate tahun baru..nak ke KL dengan jalan jam bukanlah pilihan yang Cik Mas akan pilih.

           Tapi tahun ni memang Encik Suami dah booking awal-awal untuk celebrate tahun baru di Concorde Hotel Shah Alam. Walaupun dah booking empat tempat duduk, tiba-tiba anak Cik Mas, Baby, tak boleh pergi. Rupanya Johor tak cuti pada 1 January. Rindu gila. Terasa dia tak ada pada malam tu.

Gambar sweet sweet dengan Encik Suami..semoga 2017 kasih sayangnya bertambah lebih dari usianya..hihihi.

Tengok gambar ni...xada pulak sorang lagi anak..nasib baik dah ambik dia minggu lepas masa cuti Christmas. Tapi tetap rasa kehilangan...so malam tu pukul 12 je terus hantar gambar kat bawah ni..

Tak apalah dia kat sana sedang belajar..

Ni gambar dengan Datin Aminah dan Datin Sharifah. Lupa nak bagitahu..tema sambutan malam tu adalah Black And White. Sebab tu semua pakai macam kuda belang je.


Malam tu disediakan buffet sampai tengah malam dan tetamu dihiburkan dengan live band. Ada dua band malam tu. Ada juga games dan lucky draw.

Walaupun 2017 dikatakan tahun mencabar..kita tetap kena lalui. Semoga kita dilindungi olehNya

Rabu, 7 Disember 2016

APA ADA PADA NAMA

            
           DALAM keadaan semua barang naik, jangan selalu tertekan, dan jangan asyik menekan. Sesekali redakan perasaan. Sebenarnya ada banyak benda-benda baik yang boleh menenangkan fikiran. Kita cakap yang ringan-ringan dan nyaman...
Selalu dia orang bertanya saya: apa ada pada nama? Jawab: ada rezeki. Apa ada pada rupa? Ada lebih rezeki!
             
          Seperti yang dilaporkan media baru-baru ini, seorang penjual teh di Pakistan tiba-tiba terkenal dan banyak menerima tawaran menjadi model, setelah dipromosi dan viral di Instagram.
Namanya Arshad Khan, sebelum ini tidak ada siapa peduli nama itu. Sekarang sebut sahaja, orang tahu siapa dia. Apa yang lebih penting dan menjadikan nama itu lebih berezeki ialah rupanya yang tampan seperti bintang filem.
          
        Dua hari lalu BBC melaporkan, di Nepal nama Kusum Sharestha tiba-tiba menjadi sebutan. Gadis berusia 18 tahun yang menjadi penjual sayuran itu diviralkan, dan segera menjadi perhatian dunia.
Tidak sahaja nama, parasnya yang cantik juga menjadi igauan ramai. Maka hashtag #Tarkariwali, dan #Sabjiwali – keduanya membawa makna ‘penjual sayur’ terus menjadi trending di media sosial. Pasti rezekinya melimpah sebab jualan hariannya begitu laris.
       
        Di tempat kita pun nama dan rupa paras ternyata melimpahkan rezeki. Contoh paling mudah ialah ‘Nasi Lemak Anak Dara’. Semua orang tahu nasi lemak adalah sesuatu yang biasa dan menjadi makanan kegemaran ramai.
Tetapi, apabila dinamakan ‘Anak Dara’, dan diviralkan, produk yang dijual di gerai hadapan sebuah rumah di Seksyen 7 Shah Alam itu segera menjadi sebutan. Pelanggan berbaris setiap pagi. Anak Dara semakin laris.
        
        Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pun tumpang sekaki singgah di gerai tersebut. Hatta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut menyebut produk tersebut ketika membentangkan belanjawan 2017 di Parlimen.
Nama pemiliknya, Siti Hajar Ahmad, terus ngetop. Tambahan pula gadis berusia 24 tahun, graduan Kejuruteraan Elektrik itu mempunyai rupa paras yang menawan. Nama ada, rupa pun hmmm, maka bertambah panaslah Anak Dara.
Mulanya berniaga tanpa permit dan pernah dikompaun RM2,000 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam. Azmin sendiri menyerahkan Borang Permohonan Lesen Penjaja MBSA supaya Siti boleh berniaga secara sah.
Demikianlah pentingnya nama dan rupa. Tetapi jangan lupa, produk pun mesti bagus, barulah pelanggan terus datang.
         
         Sebut sahaja ‘Cik Ta’ @ Rozita Che Wan, semua orang sudah tahu siapa, dan segera terbayang rupa paras dan bentuk tubuhnya yang aduhai-aduhai itu. Sebab nama dan rupa, artis tersebut dipilih menjadi duta beberapa produk terkenal. Itu rezeki.
Lisa Surihani manis namanya, manis lagi rupanya. Sebab itu dia dipilih menjadi model iklan untuk beberapa produk, paling saya suka iklan jus oren yang kotak kuning itu. Tiba-tiba rasa hendak meneguk jus oren berkenaan!
Neelofa ada nama, ada rupa. Kalau dia berlakon orang terpaku di depan TV. Demikian juga Aaron Aziz, Shah Rukh Khan, Kajol, Julia Roberts, ini adalah antara nama-nama yang boleh membawa laba kepada tauke wayang.
Hatta, Harith Iskander. Jangan tidak tahu ramai wanita tergila-gila melihat kepala botak pelawak ini. Pendek kata botak pun rezeki!
        
           Sesetengah nama popular tidak pula diketahui rupanya. KFC nama terkenal di seluruh dunia, tetapi Kolonel Sanders yang mula memperkenalkan ayam goreng itu wajahnya tidaklah hebat sangat.
Nama nasi Vanggey sudah terkenal, tetapi pemiliknya tidak dikenalkan kepada umum. Sama juga halnya ‘Kudu’ dan ‘Yassen’ – keduanya jenama nasi kandar terkenal di Kuala Lumpur.
Saya mengunjungi kedua restoran di Jalan Tunku Abdul Rahman ini sejak zaman bujang empat dekad dulu. Nama ada, rupa tidak diketahui. Sampai sekarang saya tidak tahu dan tidak pernah melihat wajah pemiliknya. Apakah kacak seperti Shah Rukh Khan? Atau, apakah sudah arwah?
Pendek kata, ada nama ada rupa memang satu kelebihan. Tetapi lebih penting lagi, ada nama, ada rupa, ada rasa. Barulah ada rezeki.
       
            Namun seyogia diingat, ada juga nama yang tidak membawa rezeki. Ada juga rupa yang selalu menjolok mata. Apabila terdengar namanya terus sakit hati. Apabila keluar gambarnya terus tutup TV. Boleh teka siapa?

Artikel ini adalah tulisan Datuk Abd Jalil Ali- Sinar Harian
Memang artikel yang menarik
 Abdul Jalil Ali

Jumaat, 25 November 2016

FAKTA TENTANG HAIWAN

Cute Animal

 






       Entri kali ini Cik Mas buat ala-ala National Geoghrapic. Tentang haiwan/binatang. Fakta-fakta yang Cik Mas kumpulkan diharap dapat menambah pengetahuan kita semua...Selamat membaca


1. Semut dapat mengangkat beban 50 kali tubuhnya. Tak macam kita, ada tu berat 60 kg angkat beras satu beg 20 kilo pun tak larat. Tapi badan sado

2. Semua beruang kutub kidal. Jadi lepas ni kalau korang dipanggil beruang kutub jangan marah mungkin persamaannya korang kidal.

3. Kelelawar selalu belok kiri jika terbang keluar gua. Ni mungkin sebelah kiri belok dia lagi sedap atau untuk undang-undang kelawar sentiasa no right turn..hahaha

4. Kulit zebra adalah putih yang bergaris hitam.

5. Semua mamalia buta warna!! Kecuali manusia dan monyet

6. Serangga Terpanjang: Giant Stick InsectPernah ditemui sepanjang 20 inci dan berkeupayaan utk terbang
7. Tikus dan kuda tidak boleh muntah. Jadi pastikan korang boleh muntah kalau tak mau tergolong dalam dua spesis tu.

8. Kucing tidak boleh rasa manis. Maknanya kalau kita bagi air dan campurkan gula sekampit pun dia cool je minum...macam air mineral rasanya.

9. Kucing rumah benci bau lemon dan semua yang berbau sitrus. Jadi elakkan bau tu di rumah kalau ada bela kucing. Tu adalah tip untuk mengelakkan kucing cakar kerusi, letak lemon.

Image result for gambar kartun kucing

10. Mata burung unta lebih besar dari otaknya. Jadi jangan tanya dia soalan matematik. Confirm tak boleh jawab.

11. 80% dari seluruh binatang di dunia adalah serangga. 

12. Tanduk badak sebenarnya terhasil dari rambutnya yang mengeras bukannya tulang.

13. Gajah hanya tidur 2 jam dalam sehari. Jadi fakta banyak tidur boleh menyebabkan gemuk amat diragui. So lepas ni boleh tidur lama-lama.

14. Nyamuk lebih suka anak-anak daripada orang dewasa. Darah orang dewasa pahit kot.

15. Zebra tidak boleh tidur sendirian. Dia mesti tidur bersama zebra lain. Takut hantu kot.

16. Tikus dapat merasakan kesedihan tikus lain dan ikut bersedih.

17. Kucing sebenarnya boleh mengetahui jika kita sedang menjerit ke arah mereka.

18. Lebih kerap kita bercakap dengan kucing, lebih berkemungkinan mereka akan 'bercakap' semula dengan kita.

19. Lebih 30% daripada masa seharian kucing dihabiskan untuk mencantikkan diri mereka. Kalau kita sebagai manusia lupa mencantikkan diri..mesti kucing gelakkan.

20. Serangga dengan Bentuk Teraneh: Thorn Bug


Ukuran dan warna serangga ini sangat bervariasi, namun biasanya, yang dewasa berukuran tinggi sekitar 0,5 inchi dan berwarna hijau. Mereka ditemukan di Amerika Tengah dan Selatan, Meksiko, dan Florida Selatan.

21. Lebah madu pekerja, yang semuanya betina, memiliki jangka hidup rata-rata 6 – 8 minggu. Semua pekerjaan dalam koloni dilakukan oleh para lebah betina.

22. Lebah madu jantan tidak memiliki sengat. Mereka tidak turut serta dalam pekerjaan di koloni, melainkan hanya kahwin. Jadi bukan semua lebah menyengat ye akak-akak.

23. Masa hidup lebah ratu berkisar 2 – 3 tahun dan semata dihabiskan untuk kawin dan bertelur. Lebah ratu bisa bertelur hingga 2.500 butir sehari.

24.  Mengiau merupakan satu kaedah komunikasi bagi kucing kepada manusia. Kebiasaannya kucing tidak mengiau antara sesama mereka; hanya mengiau untuk berbicara dengan kita, manusia. Tak perasan kan..hebat betul.

25. Mengiau dianggap sebagai meniru ucapan manusia, yang mana inilah sebabnya kenapa ianya mendapat perhatian manusia dengan begitu cepat.

26. Dalam satu kali perjalanan lebah madu akan mengunjungi sekitar 50 sampai 100 bunga. 

27. Gorila dan Kucing tidur sehari 14 jam. Siapa yang boleh pecah rekod ni

28.  Tiram boleh bertukar jantina.

29. Semasa dilahirkan, anak Beruang panda adalah lebih kecil daripada seekor tikus. Beratnya cuma 113 gram sahaja! Tapi bila dah besar..ibu tikus pun takut kat dia.

30. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari manakala nyamuk jantan hanya 10-20 hari sahaja. Ooo..rupanya dalam dunia ni banyak nyamuk betinalah kan..

31. Ular tidak boleh mengelipkan mata. Reptilia itu juga tidak akan mematuk ketika berada di dalam air kerana boleh menyebabkannya lemas.

32. Tenggiling adalah binatang yang malas. Haiwan ini menggunakan 80% hayatnya semata-mata untuk tidur!

33. Darah lobster adalah berwarna biru.
      

     Dalam Al Quran Surat Al-An’am [6], ayat 38, Allah berfirman :
وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الأرْضِ وَلا طَائِرٍ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلا أُمَمٌ أَمْثَالُكُمْ مَا فَرَّطْنَا فِي الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ
Artinya : Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan umat (juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun dalam Al-Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan.

Khamis, 3 November 2016

PARTY TEMA ALA-ALA MELAYU LAMA







               Didoakan semua yang mengunjungi blog Cik Mas ni sihat sejahtera. Rajin-rajinla jenguk blog ni ye sebab tu adalah motivasi Cik Mas untuk menulis. Kali ni Cik Mas nak bercerita tentang satu sambutan ulang tahun kelab yang akhirnya bertukar menjadi birthday surprise. Cik Mas dijemput,  jadi cerita ni adalah benar dan benar belaka. Hihihi

             Kelab SECRETO menyambut ulangtahun kedua. Tapi ditengah majlis lagu Happy Birthday berkumandang untuk orang kuat kelab SECRETO. Congrats and Happy Birthday!! Korang nak tahu tema jamuan ni... ala ala orang melayu dulu. Cik Mas amat kagum dengan tetamu yang hadir terutama ahli kelab Secreto sendiri yang berpakaian ala-ala melayu dulu.. Cik Mas rasa macam Cik Mas tinggal dizaman Melaka bersama Hang Tuah dan Tun Teja. Melihat pada sporting mereka berpakaian sampai ada yang berkaki ayam. Wa respek lu orang. Majlis diselangi dengan game, cabutan bertuah, tayangan video dan persembahan ahli Secreto membuktikan majlis ni diatur rapi. Memang boleh jadi event coordinator orang yang buat majlis ni.


Ni gambar yang diambil bila jamuan berakhir bersama beberapa tetamu..korang tengok la pakaian semua orang. Tak ada yang vogue..semua manis manis ayu. Acara ni diadakan di Concorde Hotel Shah Alam. Malam tu ramai yang bergaya dengan kain batik..termasuk la Cik Mas.



Hiasan dipintu masuk..Emmm lama tak tengok payung macam ni. Last tengok kat beca di Melaka.

Ni dinamakan silat tercekik pulut.

Emmm.. Secreto punya persembahan.. Salute you all




Ha macam orang zaman 50an tak we all? Hahaha. Tiga anak dara..Lama tak pakai kain batik sebenarnya.
Masa untuk bergambar...yelah entah bila lagi nak bergambar pakai ala-ala wanita melayu terakhir. Teringat pulak lagu Teacher's Pet.



Gambar yang diambil sebab ikut cakap orang tua-tua..sediakan payung sebelum hujan..

            Akhirnya ada juga gambar Cik Mas yang tak ada orang interframe. Baru boleh senyum.

            Malam tu tetiba je Pengacara Majlis(MC) panggil Cik Mas untuk buat cabutan bertuah. Dalam hati memang berdoa janganlah terambil nombor sendiri atau nombor anak-anak. Bukan apa nanti kontroversi...cewahhh

Cuba korang tengok gambar atas pentas tu..macam cerita drama masa sekolah rendah zaman dulu..cerita zaman Melaka..Macam kat kampung. Macam mana lah idea tema ni boleh timbul


Memang terbaik dan kena dengan tema.. tengok door gift... terbaik la. Betul-betul nostalgia dan klasik.

Terimakasih jemput Cik Mas sekeluarga..

Isnin, 17 Oktober 2016

DINNER TEMA LANUN - PIRATE NITE THEME




          Assalamualaikum
      
         Semoga semua dalam peliharaan Allah. Dalam entri sebelum-sebelum ni Cik Mas perasan terlalu emosional. Jadi Cik Mas fikir kali ni tak nak yang sedih-sedih dah. Bila Cik Mas tengok kegemaran pelawat Cik Mas, paling banyak hit adalah entri untuk pakaian tema. Ha sebab tu kali ni entri dia tajuk DINNER TEMA LANUN. Ni pun godek-godek dalam galeri terjumpa gambar-gambar masa dinner ni. Rasanya dah lama tapi tak adalah lama mcm suatu masa pada zaman dahulu kala. Hahahaha
   
Ha ni Cik Mas satu keluarga. Kita orang tak ada la real mcm lanun...ala-ala manja lanun je. Cantikkan pintu yg diorang buat utk tema lanun.

   Tema ni bunyi je ganas... dinner tak ganas mana pun sebab yang datang semua ada bunga dalam hati. Hahaha. Tak ada pun terjadi perkara yang ganas. Kiranya pakaian yang dipakai tidak mempengaruhi jiwa. Betul la kata orang don`t judge book by it`s cover.

Gambar ni pulak Cik Mas dengan salah satu band yang buat persembahan malam tu. Macam salah seorang dari penyanyi pulak Cik Mas ni.

Anak-anak lanun posing rasanya sebelum balik. Tak ganas langsung.

Mak lanun mengajar anak lanun posing. Serius bila tengok gambar-gambar ni baru tertanya-tanya mana pergi aksesori lanun ni. Dah jadi harta karun lanun la kot.

Ha ada pun gambar ni.. Gambar anak-anak dengan Anje. Lanun Laut Merah ye Anje. Anje ni kira macam Chief Lanun la...kih kih kih.

Ni pulak anak-anak dengan penyanyi dari satu lagi group yg buat persembahan malam tu. 
    
               Menghadiri dinner yang ada tema ni.. memang seronok. Sebab kita dikelilingi oleh orang yang satu brand dengan kita. Kadang-kadang kita gelakkan orang sebab pakaian yang dipakai walau menepati tema tapi ditahap paling berani. Percayalah, menghadiri majlis bertema menjadikan mata kita nak pandang pada semua orang. Nasihat Cik Mas bila pergi ke majlis yang ada pakaian tema sebolehnya ikut tema. Bila tak ikut kita akan rasa janggal dalam majlis tu. Mulalah nak balik awal dan rasa segan.Tak semestinya kena berpakaian 100% ikut tema. Cukupla ada sikit-sikit. Kalau tema bunga-bunga, tak semestinya ada bunga dari kepala ke kaki tapi sekurang-kurangnya ada corak bunga pada baju atau pada tudung pun dah ok. Barulah kedatangan kita menyerikan majlis. Lagi pun dah majlis orang, ikut je lah kan.
          
          Cuma yang tak seronok untuk majlis yang ada tema ialah bila cari-cari pakaian tak jumpa-jumpa. Cari pakaian tema tak susah selalunya tapi kadang-kadang tak ada saiz.



Jangan marahhhh...ni pasangan lanun yg bercinta atas kapal. Love Forever

                                                      Opps lupa nak cakap, event ni kat Concorde Hotel, Shah Alam.