Isnin, 16 Mei 2016

PERTAMA KALI KE RESTORAN JEPUN

     Apa khabar semua... Cik Mas kali ni nak cerita tentang 'lawatan' Cik Mas ke Restoran makanan Jepun. Pertama kali uollls. Sebenarnya Cik Mas dah teringin masuk restoran Jepun dah lama sngat tapi Encik Suami x layan sbb dia kata dia x suka..x blh masuk. Emmm ada juga yg dia xblh mkn sbb setau Cik Mas dia mkn je semua makanan yg halal ni. So pendamkanlah. Tapi tiap kali lintas restoran Jepun Cik Mas suka tengok makanan yg bergerak atas conveyer. Mungkin sedap lagi makanan kita tapi sebab conveyer tu Cik Mas teruja.
     Kebelakangan ni anak sulung Cik Mas selalu ajak makan restoran Jepun. Selepas beberapa kali dia ajak, Cik Mas pun bgtau Encik Suami...hihihi senang je cakap anak ajak.. Encik Suami dengan berat hati pun ikut kita orang..dlm kereta pun cuba utk gagalkan plan kita orang tapi 3 lawan 1..mesti 3 menang...yesssza
Kita orang pergi makan malam. Sampai sana amboi orang..kena beratur la pulak..mesti ok tempat ni. By the way nama restoran ni Sushi Zanmai. Hampir 15 minit jugak la kita orang beratur kat luar tunggu seat..tu pun nasib baik dapat potong barisan sebab org depan kita orang dua orang n ada seat utk 4 orang..so kita orang diberi keutamaan dulu.

Sebelum masuk Encik Suami dah pastikan tempat ni ada pengesahan sijil halal...
Ni gambar dalam restoran lepas kita orang dapat duduk..Cik Mas tengok service cepat..duduk je waiter terus datang ambik order lepas tu makanan datang dlm masa 15 minit kot. Xadala tunggu lama. Masa tunggu tak ada boring sebab tengok makanan berjalan tepi Cik Mas.


Ha gmbar yang atas tu conveyer sebelah Cik Mas je. Ambik je mana berkenan. Restoran memang bersih. Pekerja pun kira mesra pelanggan.

Anak Cik Mas tengah belek menu atlast akak dia yang order. Masuk restoran Jepun tapi pakai topi Korea. Dia makan je janji jangan seafood. Ingat baby babah pesan...jaga badan tu..jgn bagi kembang sangat.







Ni antara makanan yg singgah sekejap kat atas meja kita orang..kenapa singgah sekejap?sebab kita orang dengan laju menghabiskannya dan masukkan ke dalam perut. Maaf ye makanan lain x sempat ambik gambar sebab lapar..lagipun bila dah start makan lepas tu makanan lain sampai malas Cik Mas nak berenti makan utk ambik gambar.  Utk yg rasa x blh mkn makanan Jepun yg kurang masak ni..blh juga order nasi macam gmbar kat atas. Tu Encik Suami punya. Semua puas ati makan kat sini.. kecuali Encik Suami. Dia kata x kenyang n nk berenti makan tempat lain kejap lagi..ahhh kita orang okay je..nk berenti 2-3 tempat lagipun ok. Anak2 ckp nak datang lagi..tp babah diorang buat xdengar je. Bila bil datang..kakak bayar bil..terimakasih kakak sebab belanja kita orang. Nanti belanja lagi ye. Arigato gozaimas..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan