Isnin, 17 Oktober 2016

DINNER TEMA LANUN - PIRATE NITE THEME




          Assalamualaikum
      
         Semoga semua dalam peliharaan Allah. Dalam entri sebelum-sebelum ni Cik Mas perasan terlalu emosional. Jadi Cik Mas fikir kali ni tak nak yang sedih-sedih dah. Bila Cik Mas tengok kegemaran pelawat Cik Mas, paling banyak hit adalah entri untuk pakaian tema. Ha sebab tu kali ni entri dia tajuk DINNER TEMA LANUN. Ni pun godek-godek dalam galeri terjumpa gambar-gambar masa dinner ni. Rasanya dah lama tapi tak adalah lama mcm suatu masa pada zaman dahulu kala. Hahahaha
   
Ha ni Cik Mas satu keluarga. Kita orang tak ada la real mcm lanun...ala-ala manja lanun je. Cantikkan pintu yg diorang buat utk tema lanun.

   Tema ni bunyi je ganas... dinner tak ganas mana pun sebab yang datang semua ada bunga dalam hati. Hahaha. Tak ada pun terjadi perkara yang ganas. Kiranya pakaian yang dipakai tidak mempengaruhi jiwa. Betul la kata orang don`t judge book by it`s cover.

Gambar ni pulak Cik Mas dengan salah satu band yang buat persembahan malam tu. Macam salah seorang dari penyanyi pulak Cik Mas ni.

Anak-anak lanun posing rasanya sebelum balik. Tak ganas langsung.

Mak lanun mengajar anak lanun posing. Serius bila tengok gambar-gambar ni baru tertanya-tanya mana pergi aksesori lanun ni. Dah jadi harta karun lanun la kot.

Ha ada pun gambar ni.. Gambar anak-anak dengan Anje. Lanun Laut Merah ye Anje. Anje ni kira macam Chief Lanun la...kih kih kih.

Ni pulak anak-anak dengan penyanyi dari satu lagi group yg buat persembahan malam tu. 
    
               Menghadiri dinner yang ada tema ni.. memang seronok. Sebab kita dikelilingi oleh orang yang satu brand dengan kita. Kadang-kadang kita gelakkan orang sebab pakaian yang dipakai walau menepati tema tapi ditahap paling berani. Percayalah, menghadiri majlis bertema menjadikan mata kita nak pandang pada semua orang. Nasihat Cik Mas bila pergi ke majlis yang ada pakaian tema sebolehnya ikut tema. Bila tak ikut kita akan rasa janggal dalam majlis tu. Mulalah nak balik awal dan rasa segan.Tak semestinya kena berpakaian 100% ikut tema. Cukupla ada sikit-sikit. Kalau tema bunga-bunga, tak semestinya ada bunga dari kepala ke kaki tapi sekurang-kurangnya ada corak bunga pada baju atau pada tudung pun dah ok. Barulah kedatangan kita menyerikan majlis. Lagi pun dah majlis orang, ikut je lah kan.
          
          Cuma yang tak seronok untuk majlis yang ada tema ialah bila cari-cari pakaian tak jumpa-jumpa. Cari pakaian tema tak susah selalunya tapi kadang-kadang tak ada saiz.



Jangan marahhhh...ni pasangan lanun yg bercinta atas kapal. Love Forever

                                                      Opps lupa nak cakap, event ni kat Concorde Hotel, Shah Alam.

        

Sabtu, 1 Oktober 2016

ABAH MENIPU..BAPAK PENIPU .. I LOVE YOU DADDY





                     Biasanya seorang anak yang sudah dewasa, samada bekerja atau mengikut suami atau menyambung pelajaran jauh dari orang tuanya, mereka lebih rindukan mama dari abah atau bapak. Sebab mungkin mama yang lebih banyak menalipon bertanya cerita bertanya khabar tapi tahukah anak-anak abah lah atau bapak yang menyuruh mama untuk menalipon. Saat perbualan mama dan anak ditalipon, abah tersenyum gembira bila mendengar mama bercerita. Ada masa abah ditepi mama saja mendengar perbualan. Walau dia tak bercakap sepatah pun dengan anak dia tetap gembira mendengar cerita mama.

Mungkin juga dulu waktu kecil mama yang sering bercerita, sering menemani sebelum tidur. Abah cuma bertanya pada mama khabar anak-anak. Cuma bertanya apa anak lakukan seharian. Cuma yang kita tahu kalau kita susah tidur, abah dengan suara keras menyuruh kita tidur,"Tidur, tidur". Tapi yang anak-anak tak tahu abah sering melihat kita dan mencium pipi setelah kita tidur. Mungkin rindukan mama lebih, kerana mama adalah tempat anak-anak mencurah dan menceritakan masalah. Tapi yang anak-anak tak tahu abahlah yang memberi mama jalan atau cadangan untuk menyelesaikan masalah.



                                         

                Mungkin tebalnya rindu pada mama tak sepert rindu pada abah sebab mamalah yang masak masakan yang sedap. Nasi ayam, laksa, asam pedas, masak lemak nenas ikan masin dan macam-macam lagi. Tapi yang anak-anak tak tahu abah yang mencari ramuan dan bumbu masakan. Kelam kabut abah mengikut senarai barang keperluan masakan mama. Bila kita memuji masakan mama, abah tersenyum gembira walau namanya tak disebut. Tak cemburu tapi dia tersangat bahgia dapat memenuhi keinginan anak. Sewaktu kita berusia 4 tahun, kita sudah pandai meratap, menangis untuk mendapatkan barang. Mama selalu mengasihani tapi abah pula dengan tegas cakap, 'TAK BOLEH". Kita terus menangis. Abah menjeling supaya kita berhenti menangis. Abah lakukan supaya kita jadi tak terlalu manja. Menangis saja terus dapat apa yang nak. Atau mungkin suara tegasnya hanya untuk menutup kekurangan wang disaku. Mana mungkin dia belikan mainan anak RM15 kalau disaku ada RM9. Cuma kita waktu itu rasakan abah sangat kejam.

             Bila kita gagal dalam pelajaran, mama adalah insan yang paling redha. Tersenyum sambil memberi kata peransang. Tapi abah biar pun diam dia sangat kecewa. Kadang-kadang kecewanya menyinga. Kekecewaan abah bukan kerana wangnya habis membiaya persekolahan, kekecewaannya bukan kerana tidak boleh bercerita kejayaan anak pada kawan-kawan tapi dia takut bila dia tiada nanti, anaknya kesusahan bila tiada pelajaran.

           Bila kamu anak-anak melakukan kesilapan, melanggar batas tata susila, mama menegur lembut supaya kita tak mengulanginya. Tapi abah meninggikan suara sehingga kecut usus perut kita. Reaksinya seperti mahu merebut trofi Bapa Terbaik Tahunan. Tapi yang paling abah bimbang orang memburukkan nama kamu. Pada seorang abah seorang bapak pasti dia tidak mahu nama anaknya buruk diperkata orang. Kalau nama dia yang buruk tapi anaknya boleh hidup bahgia dia tak peduli tapi jika dia hidup bahgia tapi nama anaknya buruk itu dia peduli. Tapi waktu itu kita tak terfikir yang kita rasakan adalah rimas dengan abah dengan bapak yang asyik marah.

Bila abah cakap, makanlah dulu abah dah kenyang atau abah dah makan tadi. Ada yang kita tak tahu, mungkin waktu itu abah rasa makanan tak cukup dimeja makan. Mungkin makanan itu adalah kesukaan anak-anak. Dia mahu anak-anak menukmatinya. Kerana itu anak-anak, cuba ingat dan renungkan, pernahkah kita tengok abah atau bapak 'mencuri' makanan panas dimeja atau makan sebelum waktu makan. Kalau ada jarang tak sekerap kita. Kita memang kerap. Tak tahan sebab makanan kelihatan sedap dengan bau dan berasap. Untuk abah, biar anak dulu yang menjamah kesedapan itu.

Bila abah cakap dia sukakan kaki ayam dan sering makan leher ayam sebab sedap. Memang dia menipu!! Mana mungkin kaki ayam lebih sedap dari peha ayam. Mana mungkin leher ayam lebih sedap dari kepak ayam. Kalau benar macam abah cakap dah lama KFC jual leher ayam. Pasti kaki ayam ada dalam menu value meal KFC. Sebenarnya yang sedap itu abah mahu anak-anak yang makan. Dia merasa bahgia bila melihat anak-anak makan dan esoknya dia lebih bersemangat untuk mencari rezeki supaya anak hari-hari menikmati makanan yang sedap. Itulah abah..pelik yang tidak boleh diubah. Memang kita tak minta dilayan sebegitu tapi pada dia itulah yang perlu dibuat untuk anak-anak. 

Bila abah cakap, jom kita bercuti...kadang-kadang dia merisikokan perbelanjaan. Entah cukup atau tidak duit hingga hujung bulan. Tapi pada abah janji anak gembira dan kegembiraan anak-anak tinggi nilainya. Abah atau bapak hanya manusia biasa. Tapi misteri. Kita sering rasa tak disayangi oleh lelaki tua itu. Tapi kasih sayangnya terhadap kita mendalam. Tambah misteri, kasih sayangnya jarang dapat kita hidu. Manusia normal takkan faham bagaimana orang tua yang tegas yang sering marah-marah, yang jarang bersuara tapi sangat menyayangi dan sangat melindungi kita. Bila anak menginjak remaja melanjutkan pelajaran jauh dari keluarga, abah amat gembira. Bukan gembira berpisah tapi gembira anak mula menunjukkan tanda awal kejayaan. Mama menangis mengalir air mata, abah cool saje. Penipu. Mana mungkin abah mu si tua itu menangis macam mama. Mana mungkin abah/bapak berpelukan mencium seluruh wajah memeluk erat seperti susah untuk berpisah. Abah menipu untuk tunjuk dia kuat. Padahal dia juga ingin buat seperti mama. Tapi yang abah mampu, hanya menggosok kepala anak, sambil berkata,'ingat semua nasihat dan belajar rajin-rajin'.



               Bila umur anak-anak sudah sedikit dewasa, anak sudah mula minta izin keluar malam, Abah tanpa berlengah terus menjawab,'tak boleh'. Ahh geramnya..Anak-anak memberontak. Persoalkan kenapa teman lain boleh dia tak boleh. Membenci keputusan abah. Abah dimusuhi kerana keputusannya. Panggilannya mula tidak disahut anak. Wajahnya mula tidak dipandang. Tapi abah ok. Abah tak pernah cemburu kamu berkawan, pada abah keselamatan anak adalah keutamaan. Kalau benar dia cemburu kenapa siang kamu dibenarkan. Fikir anak-anak kebencianmu sebenarnya adalah salah. Kadang-kadang abah tewas juga dengan permintaan anak-anak untuk keluar malam. Bila dibenarkan, anak-anak pula mencuri kesempatan. Pulang lewat dari waktu yang dibenarkan. Abah diruang tamu menunggu kegelisahan. Ketahuilah anak-anak didunia ini tiada manusia selain abah/bapak yang bersikap tegas tapi menyayangi kita penuh ikhlas. Takkan kamu jumpa lelaki yang pemarah tapi sentiasa mahu menjadikan masa depan mu cerah. Cuma abah!! Tengok abah....bila kamu mencium rindu mama, abah tersenyum tak kata apa-apa. Bila kamu sampai dimuka pintu, mencari mama, abah tersenyum saja. Tak cemburu malah berbunga bahgia dihati.



Bila anak-anak semakin dewasa, abah makin tua. Tapi sikapnya sama tak berubah. Kau tetap anak abah. Yang berubah anak semakin dewasa, semakin cantik, sudah mencari wang sendiri. Tapi kata abah,'kau anak abah,jangan mengada-ngada'. Bila tahu kita berpacaran, abah letakkan garis panduan. Itu ini begitu begini. Tapi disudut hati orang tua itu mahu anak-anaknya bahgia. Bahgia masa depan. Tak perlu berkongsi dengannya walau sedikit kebahagiaan itu sebab sedar usianya sudah bersisa. Abah mahu yang terbaik untuk anak-anaknya. Abah kalau boleh mahu memastikan lelaki itu bisa menggantikan tempat dan posisinya menjaga anaknya. Kalau diikutkan, tempat itu tugas itu, tak mahu abah lepaskan. Tapi dia sedar anak kecilnya sudah besar. Yang paling dia sedar dia akan dipanggil Allah. Jadi dia perlu lunaskan tanggungjawabnya pada anak-anak dengan harapan anak-anak mengingatinya. Dengan itu dia disuluhi doa anak-anak bila dipusara nanti. Doa anak-anak paling berkuasa bila dia abah dah tiada didunia. Doa anak-anak antara tiga perkara yang boleh membantunya dikubur nanti. Doa anaknyalah yang akan menampung dosanya didunia. Itu sahaja yang abah mahu rupanya... Terimaksih abah terimakasih bapak.