Tulisan dalam blog ini lebih kepada lukisan hidup Cik Mas. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Ada penceritaan yang Cik Mas ambil dari tempat lain utk menguatkan penceritaan Cik Mas. Maaf kalau ada terkasar bahasa. Anda semua dialu-alukan sangat untuk meninggalkan komen. Terimakasih
Jumaat, 1 Julai 2016
Selasa, 28 Jun 2016
SELAMAT BELAJAR ANAK...TAHNIAH
Assalamualaikum..macam mana puasa semua setakat ni..semoga puasa kita semua diterima Allah dan menjadi pelindung kita diakhirat nanti. Untuk post kali ni Cik Mas nak kongsi peristiwa yg berlaku pada minggu ke 2 ramadhan.
Beg2 yang bnyk!! Bkn Cik Mas lari dari rumah tau..hehehe. Ni beg2 anak Cik Mas yg bongsu Qurratu Elisa. Tahniah Baby sbb dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti. Sebenarnya Cik Mas, Encik Suami dan anak sulung berbelah bagi antara gembira dan sedih. Yelah kami tak pernah berpisah. 4 tahun lepas bila anak sulung Cik Mas dpt tawaran ke UITM Arau, kami tolak sbb jauh. Sebenarnya lebih kepada perasaan tak boleh lepaskan...hehehe
Tapi untuk anak bongsu ni Cik Mas dan Encik Suami memang teringin nk masukkan dia ke U yang jauh sikit. Kebetulan dia pun nk yg jauh2. Mula2 dia apply ke Serawak, Trengganu tp syukur dpt di sini..cuma 2 1/2 jam dari rumah

Nilah tempatnya UITM Johor kampus Segamat. Namanya UITM Johor sbb UITM pertama yg dibina di Johor. Anak Cik Mas tak lama di sini bila UITM Rembau beroperasi dia akan pindah ke sana.
Mlm sebelum hantar anak ke kampus, tak disangka2 Encik Suami menitiskan airmata sbb sedih berpisah dgn anak. Eish xjadi lah Cik Mas sedih..biarlah dia sedih. Itulah seorang Ayah kan, walaupun garang,tegas tapi tetap blh menitiskan airmata sbb anak. Dari situ kita tahu marah seorang ayah tu adalah sbb sayang..cuma bila kna marah anak rasa x disayang..
Ni Baby tngh isi borang pendaftaran..Baby tulisan tu elok sikit. Besar dah anak mama. Problem la Mama nanti..sapela nak kemas rumah nanti..
Cehhh..ni Baby dah pakai name card..jadi rasmilah anak mama ni seorang mahasiswi..sebenarnya anak Cik Mas yang ni memang tak menunjukkan ketekunan dan kesungguhan dia dalam pelajaran..cuma ditahun akhir ada perubahan dalam pelajaran.
Berbalik pada cerita Cik Mas tadi..pada hari tu Cik Mas sempatla berbuka di sana..hehehe..tinggal kita orang je ibu bapa yg x balik2 lg. Kita orang berbuka di bazar ramadhan UITM..pandang kiri kanan semua student.
Pulang dari hantar Baby rupanya Encik Suami masih dalam kesedihan. Dikejutnya Cik Mas tngah malam cakap teringat anak..Adoi..sentimental betul..Dulu bercinta dngn Cik Mas pun tak ada rindu macam ni. Dan yang paling lucu kami sekeluarga..Cik Mas,Encik Suami n anak sulung pergi ke Johor semula selepas 4 hari!!
Untuk Baby duduk jauh dari keluarga,pandai2 jaga diri. Yang penting belajar rajin2. Jangan fikir benda lain. Ingat pesan mama, babah n kakak. We love u baby
Ahad, 12 Jun 2016
BERBUKA PUASA DI INTEKMA RESORT
Assalamualaikum semua..semoga semua sahabat yg singgah diblog Cik Mas berada dalam lindungan Allah dan mendapat keberkatan Ramadhan Al Mubarak. Mesti dah ramai yang turun berat badan bulan ni kan? Samala..Cik Mas pun adala turun sikit tapi kali ni Cik Mas bukan nak cerita pasal turun berat badan tapi nak cerita hal makan.. hihihi ...berbuka puasa.
Baru2 ni Cik Mas dan kumpulan Small Group Kaizen Cik Mas yang diberi nama PRO Q telah berjaya dpt no 4 dalam presentation. Jngn gelak ye walau no 4 tapi dpt hadiah, kami gunakan wang hadiah kemenangan dengan berbuka puasa di Intekma Resort uolls. Kalau menang no 1 mesti lagi hebat tempat kita orang berbuka. Hihihi.. mau kat planet Zuhal.
Ketua kumpulan kami Diana yang cadangkan tempat ni. Siap tema lagi you..pergi kena pakai baju tradisional dan warna mestilah samada pink atau coklat atau merah atau oren. Walaupun 10 orang tapi semangat tetap membara. Ahli kumpulan PRO Q ialah Diana, Aisyah, Shidah, Fatihah, Zaleha, Ratiga, Zulaiha, Zaimi, Fikri dan Cik Mas.
Ha ni group Cik Mas Group Pro Q. Yang bongkok tu bukannya orang tua tapi style dia mmg mcm tu.
Kami semua bertolak dari tempat kerja. Salin baju dan touch up muka di tempat kerja. Pergi sama-sama konvoi 3 kereta. Mmm macamla jauh Intekma Resort tu. Pukul 7 kita orang dah sampai..ingatkan kami yg awal rupanya ramai dah kat situ. Kat sini bila sampai ada detik best....hahaha. Diana tersalah pakai kasut. Tak tahulah Cik Mas kasut siapa yang disarungnya..apalagi patah balik kekereta. Lepas tu baru lawa dgn high heel pink. Diana..excited ye?
Bila sampai takkan nk makan terus dik non oi..belum maghrib. So kita enjoy...hehehe bergambar la apa lagi...
Woww..walaupun group kita orang no 4 tapi dalam group kami ada yg champion rupanya... bila masuk bab makan. Fikeri mmg hebat bab makan. Tak malu rupanya si Fikeri ni.
Zaimi yang menunggu meja sebab kami semua bergambar..kesian dia meleleh air liur..
Adalah dipercayai separuh dari kambing yg tergantung tu dimakan oleh Fikri.
Makanan kat sini boleh dikatakan best..berbaloila dengan harga. Kalau nak lagi best kena la bayar lagi mahalkan. Kat Shah Alam ni average hotel untuk buffet berbuka puasa dah ada yg hampir RM150.00. Kat sini makanan ada kambing bakar, nasi putih dan nasi minyak, lauk dari kari kepala ikan, ayam, daging, sotong, sayur,ais krim,a.b.c dan macam2 lagi. Kalau nk tulis semua mengah jari Cik Mas. Dahla jari 1 hari tak menyuap nasi ni. Waktu makan diiringi oleh pemuzik tradisional tapi memang Cik Mas tak dengar pun sebab lebih fokus pada melayan kelaparan.
Ni gambar kenangan kami dari kiri ke kanan: Ratiga, Shida, Zaleha, Zulaiha, Cik Mas,Aisyah, Fatihah dan Diana.
Zaimi dan Fikri tiada dalam gambar...hihihi sebabnya akan mencacatkan kemanisan wanita-wanita di atas.
Plannya nak balik pukul 8.30 tapi borak punya borak terbabas sampai 9.30. Lupa kat rumah....
Walaupun sesi berbuka puasa ni pendek dan ringkas tapi jadi kenangan pada Cik Mas. Yelah selalunya hal kerja je yg diceritakan tapi bila diluar rupanya kawan2 ni boleh buat bergurau. Mlm tu kami penuh dgn ketawa. Betul kata orang..Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati.
Tulisan dlm blog ni akan jadi kenangan untuk kami semua. Semoga detik malam ini boleh berulang lagi
Ni Cik Mas yg tngh posing selepas perut kenyang.
...Terimakasih semua
Sabtu, 11 Jun 2016
KATA ORANG... BULAN PUASA
Kata orang..bulan puasa
Hantu dan setan tak ada
Kata orang...bulan puasa
Bulan boleh jimat cermat
Tapi bila dibazar ramadan
Beli tak ingat habis disebat.
Kata orang...bulan puasa
Masjid penuh dengan manusia
Tapi cuma waktu sembahyang sunat terawih saje
Waktu solat wajib tetap muka sama.
Kata orang...bulan puasa
Kena bnyak sabar
Disebabkan perut lapar
Jangan pula orang kita tampar.
Kata orang...bulan puasa
Macam-macam makanan ada
Semuanya sedap dan berselera
Lepas tu buat2 heran berat badan sama saje.
Kata orang... bulan puasa
Sedih betul nak ditinggalkan
Tapi baru seminggu puasa dah mcm nk sambut raya
Kuih raya dah order baju raya dah ada.
Selasa, 24 Mei 2016
KITA SEMUA BAKAL JENAZAH
Kita semua bakal jenazah
Yang akan dibawa pergi
Walau kita masih ingin dirumah
Mendengar radio menonton tv.
Kita semua bakal jenazah
Yang akan disembahyang
Meninggalkan suami/isteri dan anak-anak tersayang.
Kita semua bakal jenazah
Yang nanti tak perlu bersolat & puasa lagi
Syawal pun tak kan kita ketemu lagi.
Kita semua bakal jenazah
Yang nanti akan ditangisi mungkin utk 2-3 hari
Sendirian berdepan dgn dosa sndiri
Pedih menanggung jahil diri.
Kita semua bakal jenazah
Yang akan diselimuti kain putih
Waspada kalau hati tak jernih
Waktu bernyawa taburlah benih.
Kita semua bakal jenazah
Yang nanti digelar arwah
Yang ingat surah yasin disedekah
Yang lupa kita sudah tak bisa marah.
Kita semua bakal jenazah
Bila disiksa,dihimpit tanah
Beruntunglah punya anak yg berdoa untuk ibu dan ayah.
Kita semua bakal jenazah
Nanti kita akan tingglkan duit,emas dan rumah
Yang kita bawa hanya amal dan sedekah jariah.
Kita semua bakal jenazah
Kalau Munkar Nakir membelasah
Tiada siapa yg tahu azabnya di rumah
Kerana itu sentiasalah dengan kalimah
Rukun Islam dipatuhi
Rukun Iman jangan diragui
Fardu Ain jangan ditinggalkn
Fardu Kifayah jangan disewenang-wenangkan.
Subhanallah Alhamdulillah Allahhu Akbar
Lailahhaillallah
Khamis, 19 Mei 2016
LUAHAN HATI SEORANG KAKAK KEPADA ADIK
Kepada adikku: QURRATU ELISA (Baby)
Adik, kita dah membesar. Dah lama tinggalkan mainan anak patung. Sudah punya lakaran hidup masing2. Kita dah mula melawa dah tak mengharapkan mama untuk make up kan kita. Walau sekarang hidup kakak lebih seronok punya kawan yg ramai tapi tetap tak boleh lawan adik kakak,Baby, yang comel. Pulang kerja mesti kena cari adik..
Dengan adik kakak si Baby,kakak boleh bergurau manja maupun gurau kasar. Ahh terkadang kala akak terpaksa garang dengan Baby sebab kakak adalah kakak. Apatah lagt bila mama tiada kakak terpaksa memegang watak mama dan waktu yg sama jadi kakak. Kakak sedar,utk beberapa kali Baby tak suka tapi fahamilah itulah yg sepatutnya kakak lakukan.
Memang kakak malas sikit, berbanding Baby yang memang rajin mengemas rumah. Tapi kakak bukan malas sangat. Mesti adik tak sangka sewaktu Baby kecil bukan sekali dua kakak mendodoikan Baby sampai tertidur. Mama sibuk memasak didapur. Ketahuilah Baby takkan dapat buat mcm tu untuk kakak. Baby takkan berpeluang buat mcm tu sebab kakak adalah kakak n adik tetap adik. Selalu juga adik, kakak menjinjing pampers adik yg busuk sebab kencing dan berak untuk dibuang ke dalam tong sampah. Tak terfikirkan? Pengorbanan seorang kakak jarang didendangkan dan tak pernah dilagukan.
Seringkali juga adikku,Baby, sewaktu mama sedang menyuap kakak yg sedang lapar tiba2 adik menangis terjaga dari tidur mungkin kebasahan dan kakak dibiarkan. Tapi kakak faham..adik kakak terjaga. Kakak yang kecil ni dah mula faham dan berkorban utk adik. Tapi adik tau, kakak memang mau adik terjaga sebab kita boleh main sama2 walaupun itu bermakna perhatian pada kakak akan terbahagi dua. Tak pernah kakak peduli pun.
Baby adikku,kita beruntung sebab sama jantina. Mama sering pakaikan kita pakaian yang sama ataupun warna sedondon. Comel..ah pasti perhatian lebih tertumpah pada adik kakak sebab Baby lebih montel, tembam,gebu dan putih. Memangla ada sedikit geram tapi yg banyaknya kakak tak kisah malah bangga ada adik yg comel lote. Tau tak sejak Baby muncul dlm keluarga kita..tiap kali berjalan, Baby yg bnyk didukung. Kakak pula....mmmm berjalan. Letih Baby oi terutama musim cari baju raya. Tapi seorang adik memang patut didukungkan.
Keterlaluan la kalau kakak cakap kakak pernah menyusukan adik. Tapi kakak berpeluang memegang botol susu adik sampai adik tidur kekenyangan. Susu yg meleleh dipipi tembam adik kakak lapkan. Sewaktu mama mengemas rumah kakak yg meneman Baby..tidur disebelah adik kesayangan. Tiada seorang pun adik yang terfikir jasa seorang kakak untuk adik sewaktu kecil. Terlalu kecil mungkin tapi bisakah adik nanti,berpeluangkah adik nanti menyuap kakak sampai kekenyangan. Mahukah adik nanti tidur menemani kakak?
Adikku Baby,bukan semua cerita kita cerita indah..hahaha. Kita pun sering bergaduh. Ada saje sebabnya untuk kita menangis. Dalam kita membesar bersama2, sering kali kakak dimarah disebabkan kesalahan adik. Kakak dicubit walau adik yg bersalah. Kakak dimarah kalau adik jatuh waktu berjalan. Semua ini sebab kakak perlu jaga adik yg kecil. Kalau kita sama2 salah kakak akan dihukum lebih dari adik. Memang kakak sedih tapi inilah pengorbanan kakak. Biar dilupakan tapi ianya adalah memori manis kita.Kakak bisa tersenyum sebab segala pengorbanan kakak walau tiada yang ingat tapi tetap menyumbang pada pembesaran adik. Baby pun tak boleh kakak menyakat sikit tapi waktu sama gelisah kalau kakak pergi sekolah. Baby adalah orang yg bersorak dan paling gmbira bila nampak kakak turun dari bas sekolah. Sewaktu Baby menjejak kaki ke sekolah kakak yang ditugaskan oleh mama utk mengawasi sang adik. Kakak seronok bagitau semua orang.."tu adik aku".
Kalau dulu kita asyik mereport antara satu sama lain..tp sekarang dah terbalik kita simpan pula rahsia satu sama lain. Tapi macam kata babah lg bnyk rahsia maknanya banyaklah salah. Jadi jangan suruh kakak simpan rahsia lagi. Mari kita jadi anak kebanggaan mama n babah. Kesian babah n mama yang membesarkan kita menghadapi banyak kesukaran. Tapi kesukaran tu buat kita akrab.
Bila kita menginjak remaja, sungguhpun kita adik beradik tapi ada juga perbezaan antara kita. Bila kita berselisih faham mama selalu "ckp korang cuma berdua saje tak payah nak gaduh2". Betul la tu. Kita kena jadi aur dgn tebing saling menyokong satu sama lain. Insyaallah kakak akan cuba jadi kakak yg terbaik.
Walau ada masa gaduh kita kira akrab jugak kan Baby......?
Baby,adikku, sebenarnya banyak yang kakak cemburui pada adik. Takkan tak cemburu sebab adik ada banyak kelebihan, sampai hari ini adik boleh bermanja dengan kami semua. Kakak pasti nampak gedik kalau macam tu. Baby sebagai adik tak prnh rasa was was utk meminta sesuatu. Baby bila dengar kakak dah gaji terus minta bahagian. Tak apalah adik. Walaupun kakak ni tak berapa pandai masak tapi kakak la Chef bila mama tak ada. Seronok tengok Baby menyuap lauk kakak masak. Harap pujian Baby yang kata sedap tu..ikhlas. Pada kakak walau kakak tak boleh buat macam adik tapi apa yang kakak dah buat untuk adik..dah berbaloi sebagai kakak.
Sebenarnya banyak pengorbanan kakak..yg kakak pun dah lupakan dan terlupa. Bukan utk mengungkit tapi mewakili semua kakak2 dlm dunia ni melahirkan rasa hairan knapa tiada penulis lirik ciptakan lagu utk golongan kakak. Ahh..hari kakak pun tak ada!!
Kata babah..Baby sebagai adik kena hormati kakak sebab kakak wanita selepas mama. Kakak tak pedulikan sangat tu sebenarnya yang kakak pedulikan..sebagai wanita selepas mama kakak perlu bertanggungjawab macam mana mama menjaga Baby. Terimakasih kerana menghormati kakak. Jangan nakal. Love u Baby adikku
Yang benar,
Kakak ♡♡
Isnin, 16 Mei 2016
PERTAMA KALI KE RESTORAN JEPUN
Apa khabar semua... Cik Mas kali ni nak cerita tentang 'lawatan' Cik Mas ke Restoran makanan Jepun. Pertama kali uollls. Sebenarnya Cik Mas dah teringin masuk restoran Jepun dah lama sngat tapi Encik Suami x layan sbb dia kata dia x suka..x blh masuk. Emmm ada juga yg dia xblh mkn sbb setau Cik Mas dia mkn je semua makanan yg halal ni. So pendamkanlah. Tapi tiap kali lintas restoran Jepun Cik Mas suka tengok makanan yg bergerak atas conveyer. Mungkin sedap lagi makanan kita tapi sebab conveyer tu Cik Mas teruja.
Kebelakangan ni anak sulung Cik Mas selalu ajak makan restoran Jepun. Selepas beberapa kali dia ajak, Cik Mas pun bgtau Encik Suami...hihihi senang je cakap anak ajak.. Encik Suami dengan berat hati pun ikut kita orang..dlm kereta pun cuba utk gagalkan plan kita orang tapi 3 lawan 1..mesti 3 menang...yesssza
Ha gmbar yang atas tu conveyer sebelah Cik Mas je. Ambik je mana berkenan. Restoran memang bersih. Pekerja pun kira mesra pelanggan.

Kita orang pergi makan malam. Sampai sana amboi orang..kena beratur la pulak..mesti ok tempat ni. By the way nama restoran ni Sushi Zanmai. Hampir 15 minit jugak la kita orang beratur kat luar tunggu seat..tu pun nasib baik dapat potong barisan sebab org depan kita orang dua orang n ada seat utk 4 orang..so kita orang diberi keutamaan dulu.
Sebelum masuk Encik Suami dah pastikan tempat ni ada pengesahan sijil halal...
Ni gambar dalam restoran lepas kita orang dapat duduk..Cik Mas tengok service cepat..duduk je waiter terus datang ambik order lepas tu makanan datang dlm masa 15 minit kot. Xadala tunggu lama. Masa tunggu tak ada boring sebab tengok makanan berjalan tepi Cik Mas.
Ha gmbar yang atas tu conveyer sebelah Cik Mas je. Ambik je mana berkenan. Restoran memang bersih. Pekerja pun kira mesra pelanggan.
Anak Cik Mas tengah belek menu atlast akak dia yang order. Masuk restoran Jepun tapi pakai topi Korea. Dia makan je janji jangan seafood. Ingat baby babah pesan...jaga badan tu..jgn bagi kembang sangat.
Ni antara makanan yg singgah sekejap kat atas meja kita orang..kenapa singgah sekejap?sebab kita orang dengan laju menghabiskannya dan masukkan ke dalam perut. Maaf ye makanan lain x sempat ambik gambar sebab lapar..lagipun bila dah start makan lepas tu makanan lain sampai malas Cik Mas nak berenti makan utk ambik gambar. Utk yg rasa x blh mkn makanan Jepun yg kurang masak ni..blh juga order nasi macam gmbar kat atas. Tu Encik Suami punya. Semua puas ati makan kat sini.. kecuali Encik Suami. Dia kata x kenyang n nk berenti makan tempat lain kejap lagi..ahhh kita orang okay je..nk berenti 2-3 tempat lagipun ok. Anak2 ckp nak datang lagi..tp babah diorang buat xdengar je. Bila bil datang..kakak bayar bil..terimakasih kakak sebab belanja kita orang. Nanti belanja lagi ye. Arigato gozaimas..
BINATANG PELIHARAAN
Assalamualaikum semua..dah agak lama Cik Mas tak menulis..semenjak dua menjak ni bz sikit. Kalau tnya korang semua apa binatang peliharaan korang..mesti yg berada disenarai atas ialah kucing, arnab hamster dan mcm2 lg.
Cik Mas pulak sepnjang hidup ni dah mcm2 binatang yg prnh Cik Mas hidup brsama..kucing..entah berapa ekor silih brganti. Arnab pun prnh jadi rakan serumah Cik Mas kejap. Burung pun pernah ikan xyah ceritalah..sejak mula kawin lagi..Ikutkan Cik Mas,memang xnk bela binatang2 ni sbb bila dia berak/kencing merata mmg tension la tmbh2 baru balik kerja. Bukan xsuka..suka sngt bila tgk binatang2 ni manja..yg kenal kita ni tuan dia. Yg menyahut bila di panggil. Yg melepak depan tv dengan kita.. yg menggesal kita.
Kat rumah dah lama anak2 memujuk nak kucing tapi Cik Mas akan berhujah bermati matian utk menghalang niat suci anak2. Tapi anak Cik Mas yang bongsu, Qurratu Elisa selalu menggunakan kelemahan babah dia untuk mendapatkan binatang peliharaan idaman dia. Dia walau berpeluh2 takut naik cable car tapi binatang peliharaan dia memang pelik2. Pernah minta nak bela ular..tapi yang tak berbisalah..gelinyer. Landak pun teringin nak bela..adoi. Memang Cik Mas pangkah awal2. Kadang2 binatang yang dia nak Cik Mas tak pernah kenal dan dengar pun. Pelik. Setakat Iguana atau sugar glider memang pernah la jadi binatang peliharaan dia. Bila Cik Mas tengok binatang2 tu entahla tak ada bestnyer. Tak tahu kat mana letaknye seronok jadikan dia binatang peliharaan.
Mungkin Cik Mas ni old school sikit kot. Tapi bila anak Cik Mas mula bela yg pelik2 Cik Mas xadala bermesra sngt cuma jeling2 je kat binatang tu tp bila binatang tu jeling balik Cik Mas terus belah. Hah sekarang binatang peliharaan trbaru berkongsi rumah dgn Cik Mas ialah.....korang tngok gmbar ni
Namanya Leopard Gecko..anak Cik Mas yg bongsu yg bela kalau anak yang sulung tengok pun geli. Rasanya dah setahun kot kita orang tinggal dengan Leopard Gecko ni. Nama Beckham...hahaha. Bila dah lama bela anak Cik Mas pun merengek nak yg lain pulak..tapi Cik Mas buat tak dengar je. Ubah topik perbualan kepada yg lebih berilmiah.. Beckham ni kalau dia merayap atas badan..keras2 kaki kita menahan gelinya..selama kat rumah Cik Mas x pnh dgr suara dia..mgkin jenis pndiam ataupun terbeli yg bisu. Kadang2 terlupa kat rumah ada dia. Nasib baik Cik Mas letakkan sangkar dia dlm bilik anak jadi hari2 ada orang tengok dia la. Makanan Beckham ni ulat roti dan cengkerik. Bab ulat roti tu yg Cik Mas xtahan..geli. Cik Mas suka tgk dia mkn cengkerik.
Tulah cerita binatang peliharaan yg ada dirumah Cik Mas sekarang.. Harap2 tak ada dah binatang yg pelik dan menggelikan Cik Mas jadi peliharaan anak2.

Langgan:
Catatan (Atom)