Jumaat, 29 Julai 2016

DAPUR OH DAPUR

     Apa khabar semua? Semoga semua pelawat blog Cik Mas dan keluarga diberkati Allah hendaknya. Terimakasih banyak-banyak kerana tak jemu melawat blog Cik Mas.

     Minggu akhir Julai ni Cik Mas sibuk untuk touch up dapur rumah Cik Mas. Dah banyak kali minta Encik Suami buatkan 2 rak. Cik Mas nak rak tempat letak minyak masak dan satu lagi nak rak tempat garam/gula. Lemas Cik Mas tengok sebab sekarang ni letak atas table top je benda2 tu semua. Susah sikit nak lap dan berterabur. Bila panggil tukang semua ckp boleh buat tapi tak buat2,sebab job kecik. Untung ciput. Ada tu letak harga yang rasa tak logik.

      Akhirnya apa lagi...D.I.Y. la!! Beli kayu buat sendiri tapi Encik Suami adala minta bantuan kawan juga. Apa lagi Cik Mas pun ukurlah..bagi kat tukang amatur tu ukuran idaman Cik Mas dan warna pilihan Cik Mas. Kat sini Cik Mas nak nasihatlah kalau sesapa nak buat kitchen cabinet tu buat semua sekali gus. Terus siapkan semua. Kalau jadi macam Cik Mas ni nak tambah kemudian orang tak berapa nak sangat lepas tu nak dapat lambatla sikit..budget dah abis.



Inila rak-rak yang Cik Mas maksudkan. Sekarang minyak masak dah ada rumah dia..hihihi. Rak yang lagi satu rumah utk rempah-rempah, garam, gula dan lain-lain ...ha baru tersusun. Senang nak masak..dan mesti lagi sedap ni telur dadar Cik Mas kali ni. Tak sempat ambik gambar sebelum ni...dulu susun bawah rak..selerak. Ha..cuba korang fokus kat kain segitiga kat rak tu. Tu jahit dan gunting sendiri oleh Cik Mas. Kalau sape2 nak order bolehla call ye..hihihi.


     Kalau korang perasan dapur Cik Mas ni masa buat dulu Cik Mas buatkan dia tema buah epal. Sebab tu kabinet sebelah atas warna hijau dan kabinet sebelah bawah warna merah. Tu melambangkan dua warna epal. Bahagian tengah pula ada almari warna putih dan termasuklah 2 rak yang baru buat pun warna putih. Warna putih melambangkan warna isi buah epal.




     Berbalik pada 2 rak yang baru tu..walau D.I.Y. tapi Cik Mas kira puas hati jugakla. Ala tukang kayu amatur..bolehla Cik Mas bagi 3 1/2 bintang. Ni tengah disiplinkan diri supaya sentiasa kosongkan ruangan bawah rak tu..kalau tak macam tak gunalah rak tu. Tapi masalahnya Cik Mas tak boleh tengok ada tempat kosong mesti nak letak barang. Kena tahan kan diri kali ni.


     Kat dapur ni ada meja makan, antara tempat anak2 bercerita aktiviti seharian mereka. Meja ini juga adalah saksi betapa gelojohnya Cik Mas makan sejak kebelakangan ini. Sampai badan dah naik. Tak berani nak timbang dah ni.




Tingkap dapur ni tinted pun kira2 macam D.I.Y. juga. Encik Suami dengan anak bongsu, Elisa, yang menggelapkan tingkap tu. Nak kata tak cun tu taklah juga..korang tengokla gambar tu.



     Lagi satu kat dapur ni yang DIY ialah rak ni. Cik Mas sengaja letak pokok hidup. Menambahkan oksigen dalam rumah. Harap pokok-pokok ini diberi usia yang panjang. Ha... yang satu lagi tu masih kosong. Belum fikir nak letak apa.

Itulah serba-sedikit kisah dapur Cik Mas. Lepas ni insyaallah Cik Mas nak post resipi masakan Cik Mas pulak. Pandai ke masak?

Tunggguuu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan