Khamis, 15 September 2016

MENITIS AIRMATA LELAKI DI TEPI TAYAR KERETA




          Bismillahhirohmannirohim
          Assalamualaikum semua semoga Allah memberkati hidup kalian semua. Kali ni Cik Mas nak berkongsi cerita yang pernah Cik Mas baca. Kisah keluarga yang mungkin boleh menyentuh perasaan sesiapa yang membaca entri Cik Mas kali ni. Doa Cik Mas supaya cerita ini dapat dijadikan teladan. Hehehe...suspen tak korang? Let's start...

          Seorang suami sudah 3 bulan ditunda gajinya. Suatu hari isterinya mengajak beliau ke pameran perabut dan hiasan dalaman rumah."Abang, kita pergi kedai hiasan rumah, boleh?" Isteriku memandangku penuh pengharapan. Aku senyum. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Tak sempat aku bagi jawapan, isteri aku dah pergi. Dia tak tahu ke dah 3 bulan gaji aku x berbayar. Entah apa masalah syarikat tempat kerja aku. Kemeletan ekonomi agaknya. Kat syarikat tu aku buat macam-macam. Hantar barang, ikut lori, packing barang, hantar surat semua aku buat. Aku sanggup buat semua tu bukan untuk diri aku tapi untuk keluarga kecil aku ini. Anak baru 2 orang. Isteri tak kerja. Surirumah sepenuh masa.
          Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Menumpang ditanah famili. Aku ni harta pun tak ada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu je.

         "Jom....Anak-anak pun dah siap"...isteriku tersenyum manja. Kami kekedai perabut dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya. Aku tengok isteri dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Berselfie. Dari pameran ruang tamu ke pameran dapur. Aku tengok dan tanya harga. Ribu. Belas Ribu. Puluh Ribu!! Isteri pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang kami kat sana dia tersenyum je. Hairan, tak pula dia suruh aku beli.Sampai digaleri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur yang macam ni. Ada kabinet, lengkap dengan micro wave, dapur masak dan hood...juga oven. Barangan dapur serba lengkap, wanita mana tak suka? Dia memegang erat tanganku. Aku tahu dia mahu.




"Abang, jom balik. Dah puas tengok", tiba-tiba isteriku mengajak pulang. Terkebil-kebil aku mengikutnya sambil memimpin anak bongsu ku menuju kekereta uzurku. Dalam kereta, isteriku tak melepaskan tanganku. Aku bertanya,"Awak nak dapur macam tadi ye?"
Jawab isteriku,"Nak sangat tapi...." Aku mencelah,"Tapi apanya?"
Isteriku menyandarkan kepalanya dibahuku.. sambil berkata...."Tapi biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur masih boleh makan dan minum seadanya. Dapur memang saya nak tapi saya lebih mahukan abang dan anak-anak disisi. Masa makan gelak ketawa dan ceria sekali. Kalau ada dapur yang cantik abang tak ada tak guna juga. Meja makan kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Abang pun boleh buangkan tulang dalam pinggan saya.
Ahhhh aku senyum tapi lebih pada paksa...aku sendiri rasa kelatnya. Terharu ada, malu ada, bangga ada. Nak aku pandang wajah manis isteriku tapi tak terpaling sebab berselisih dengan lori balak. Aku pun menutur kata "Abang tau impian awak". Isteriku genggam erat kali ni lengan ku jadi mangsa.

"Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak Abang datang sini untuk keinginan mata saya untuk lihat semua tadi. Dah pudar pun bila dah dapat tengok. Tak terbayang-bayang pun. Tengok dan lupakan.
Mencintai tak bermakna perlu memiliki. Suka, tak bermakna nak beli.
Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu kedapur, dari pagar rumah sampai kedalam bilik tidur, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah itu dengan kelengkapan semua tu, Indah sangat ada semuanya.
Tapi saya bayangkan bukan indah didunia, bang. Saya bayangkan mahligai disyurga. Kalau didunia cantik macam tu di syurga mesti lagi cantik. Apa gunanya memiliki itu semua tapi tiada gurau senda abang dan anak-anak. Itu bukan bahgia namanya untuk saya.
Kesabaran kita menghadapi susah adalah harga yang perlu kita bayar bang untuk mahligai disyurga. Makin kita sabar dan tenang melalui pahit maung dan ujian Allah sambil tak lupa solat, InsyaAllah syurga milik kita.
Bang, "syurga dunia" bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang paling mahal baru terasa bahagia. Tapi, saya dan anak-anak makin biskut tawar pun dah terasa nikmat bahagianya.
Abang dan anak-anak syurga saya didunia ini",perlahan-lahan isteriku menutur kata.

Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Aku berhentikan kereta ditepi jalan..Aku cakap nak check tayar macam tak ada angin. Padahal aku tunduk tengok tayar sambil lap airmata. Menitis airmata aku.

Masuk balik kereta. Aku senyum. Tengok dua anak dan isteriku. "Depan tu ada air jambu asam boi. Siapa nak?" tanya aku.
Isteri dan anak-anak jawab serentak, "Nak"

Teringat kata ustaz disyurga nanti kita akan dikumpulkan dengan anak dan isteri dan diberi apa yang kita mahu...
   




Tiada ulasan:

Catat Ulasan