Rabu, 27 Julai 2016

#THROWBACK BERBUKA PUASA DI CONCORDE HOTEL SHAH ALAM






                   Apa khabar semua? Maaf kali ni Cik Mas nak post cerita yg org panggil 'throwback'. Bukan apa bila belek2 handphone ada gmbar yg memang utk blog tapi lupa. Yelah kusyuk puasa. Dah abis raya baru perasan.


                    Di pagi ramadhan yang tenang tiba-tiba kawan sekerja Cik Mas, Hadzami, bagitahu dia dapat bajet dari aktiviti tempat kerja untuk digunakan untuk berbuka puasa atau kata singkatnya MAKAN. Jumlah orang yang perlu dilibatkan seramai 6 orang dan bila tanya bajet, ayat Hadzami ada tapi. Setelah dibuat perbandingan kami setuju di Concorde Hotel, Shah Alam.


                   Selain Hadzami dan Cik Mas yang datang untuk majlis ini adalah Mama Jue, Hadi,Jai n Pian. Ceh ceh tengok la Cik Mas dlm gambar kat atas tu dikelilingi oleh abang2 sado...sado la sangat. Cik Mas dan Mama Jue bawa anak. Bila anak pun ikut Cik Mas, takkan Encik Suami berbuka seorang jadi dia pun ikut serta.

Ni Cik Mas dengan Mama Jue. Banyaknya makanan depan Mama Jue. Habis ke tu?


Ni lah gmbar kenangan kami semua. Yang lelaki tak larat bangun sebab perut dah boroi. Tengok muka pun tau Hadzami ambil gambar tahan nafas control perut...hehehe..


                 Berbuka puasa di Concorde Hotel memang meriah sebab kita orang dapat meja yang dekat dengan makanan. Bangun je dari kerusi berjalan sikit dah sampai tempat makanan. Kat sini tema makanan adalah Makanan Selat, tapi Cik Mas pun tak faham apa yang Selat. Tengok makanan macam-macam ada. Wow kat sini selain dari kambing, ayam, ikan, udang dan macam-macam lagi yang special ada puyuh dan rusa. Bila jeling pinggan Encik Suami daging rusa memang jadi pilihan dia.

Dua orang puteri yg sudah boleh tersenyum sebab dah kenyang.


Cik Mas berada di antara makanan yang dihidang pada malam tu. Rasanya banyak makanan yang kami tak jamah sebab makanan terlampau banyak n perut terlampau kecik.

Ha..untuk korang yang melawat blog Cik Mas ni kali ni Cik Mas nak belanja korang sekeping ambar Cik Mas yg menjejaskan dan menghilangkan keayuan dan kesopanan serta kesusilaan diri. 


Peghh..tengokla Cik Mas tu pekena sup gear box. Nyum nyum..memang marbeles.. kena lak campur dengan sambal kicap. Jarang-jarang tau Cik Mas belanja gambar yang kurang cute ni...hihihi jangan marah

Ni adalah band yang datang menyanyi meja ke meja. Bila sampai ke meja kita orang apa lagi Cik Mas pun bergambar la..


Ni dengan Encik Suami yg menumpang event kita orang ni. Gambar ni ambik masa kawan2 lain dah balik..tu yang duduk rapat2. Hihihi...

               Tapi yg pelik tengok kawan2 Cik Mas yang lain makan tak banyak pun. Mungkin malu kot. Apa pun rasanya semua puas hati dngn makanan kat sini.


         

Jumaat, 1 Julai 2016

BERBUKA PUASA DI SACC SHAH ALAM




          Assalamualaikum semua... Dah beli baju raya? Ada tak yang boleh lawan baju Rozita Che Wan dan family? 110 pasang!! Untuk Cik Mas dan keluarga macam kawan-kawan lain juga. Cara sederhana. Tapi tahun ni baju raya Cik Mas di sponsor oleh penaja..QURRATU AINI MAS ELIA. Hihihi tahun ni anak sulung Cik Mas belanja. Terimakasih akak.


         Tapi entri kali ni nak cerita pasal berbuka puasa atau iftar di SACC Shah Alam. Ni adalah lokasi yang setiap tahun Cik Mas dan keluarga pasti pergi. Nak sampai ke lokasi,punyalah jam. Kereta terlalu banyak. Yelah lokasi SACC ni dekat dengan Plaza Alam Central, PKNS Complex, hotel Bluewave dan banyak lagilah tempat tumpuan ramai kawasan tu. Tapi kali ni Encik Suami beritahu dia ajak kawan berbuka sama. Pok Ya. Emm..ni kawan lama dia ni. Pok Ya ni kelakar orang dia..kalau masuk Maharaja Lawak Mega cuma Sepahtu je yang boleh kalahkan dia.




       Memang setiap tahun bila berbuka puasa di SACC, orang memang ramai. Tapi tahun ni Cik Mas rasa paling ramai. Bila ramai memang meriah tapi bab nak ambik makanan tu yang leceh..beratur panjang. Cik Mas memang puji bab makanan di SACC..banyak gila. Walaupun Cik Mas ronda banyak kali untuk ambik makanan tapi ada juga tempat makanan yang Cik Mas tak sempat nak 'lawat'. Ini disebabkan makanan yang banyak, tempat makanan tu ada yang terlalu jauh..macam tak berbaloi nak pergi tengok jauh2. Bukan makanan je banyak, air dia pun ada berjenis-jenis. Macam-macam warna rasanya air pada malam tu lebih 10 pilihan. Ballroom dia memang besar. Rasanya meja ada 100 lebih sebab meja Cik Mas dah nombor 97. Tema makanan berbuka puasa di SACC ialah Masakan Minang.



       Makanan kesukaan Encik Suami kat sini rendang itik. Tapi Cik Mas suka cendol dan serawa durian dia...seeeedapp. Anak Cik Mas pula semua dia suka. Kakak memang jenis tak memilih makanan. Sambil makan tu teringat pulak kat anak sorang lagi..yang duduk jauh.


        Secara keseluruhannya Cik Mas rasa kat SACC dari segi makanan memuaskanlah. Dekorasi memang cantik. Cik Mas memang rekomen la tempat ni..kalau tak takkan Cik Mas datang tiap tahun. Cuma kalau boleh dibaiki mungkin susun atur makanan kena letak jangan terlalu berselerak sampai susah nak 'lawat'. Mungkin kena kecikkan dewan atau pun dewan tu dibuat dua bahagian. Satu lagi tempat sembahyang tu ditingkat dua macam jauh sangat. Adalah lebih elok kalau di ubah lokasi kepada lebih hampir dengan ballroom. Hotel UITM tempat sembahyang berhadapan dengan ballroom. Mungkin SACC tak boleh buat macam tu tapi Cik Mas tetap rasa yang SACC perlu ubah lokasi tempat sembahyang untuk kemudahan pelanggan berbuka puasa..


    Perut dah kenyang..alhamdulillah..senyum..









Selasa, 28 Jun 2016

SELAMAT BELAJAR ANAK...TAHNIAH

     Assalamualaikum..macam mana puasa semua setakat ni..semoga puasa kita semua diterima Allah dan menjadi pelindung kita diakhirat nanti. Untuk post kali ni Cik Mas nak kongsi peristiwa yg berlaku pada minggu ke 2 ramadhan.
Beg2 yang bnyk!! Bkn Cik Mas lari dari rumah tau..hehehe. Ni beg2 anak Cik Mas yg bongsu Qurratu Elisa. Tahniah Baby sbb dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti. Sebenarnya Cik Mas, Encik Suami dan anak sulung berbelah bagi antara gembira dan sedih. Yelah kami tak pernah berpisah. 4 tahun lepas bila anak sulung Cik Mas dpt tawaran ke UITM Arau, kami tolak sbb jauh. Sebenarnya lebih kepada perasaan tak boleh lepaskan...hehehe
     Tapi untuk anak bongsu ni Cik Mas dan Encik Suami memang teringin nk masukkan dia ke U yang jauh sikit. Kebetulan dia pun nk yg jauh2. Mula2 dia apply ke Serawak, Trengganu tp syukur dpt di sini..cuma 2 1/2 jam dari rumah
 
Nilah tempatnya UITM Johor kampus Segamat. Namanya UITM Johor sbb UITM pertama yg dibina di Johor. Anak Cik Mas tak lama di sini bila UITM Rembau beroperasi dia akan pindah ke sana.

Mlm sebelum hantar anak ke kampus, tak disangka2 Encik Suami menitiskan airmata sbb sedih berpisah dgn anak. Eish xjadi lah Cik Mas sedih..biarlah dia sedih. Itulah seorang Ayah kan, walaupun garang,tegas tapi tetap blh menitiskan airmata sbb anak. Dari situ kita tahu marah seorang ayah tu adalah sbb sayang..cuma bila kna marah anak rasa x disayang..
Ni Baby tngh isi borang pendaftaran..Baby tulisan tu elok sikit. Besar dah anak mama. Problem la Mama nanti..sapela nak kemas rumah nanti..

Cehhh..ni Baby dah pakai name card..jadi rasmilah anak mama ni seorang mahasiswi..sebenarnya anak Cik Mas yang ni memang tak menunjukkan ketekunan dan kesungguhan dia dalam pelajaran..cuma ditahun akhir ada perubahan dalam pelajaran.
Berbalik pada cerita Cik Mas tadi..pada hari tu Cik Mas sempatla berbuka di sana..hehehe..tinggal kita orang je ibu bapa yg x balik2 lg. Kita orang berbuka di bazar ramadhan UITM..pandang kiri kanan semua student.
Pulang dari hantar Baby rupanya Encik Suami masih dalam kesedihan. Dikejutnya Cik Mas tngah malam cakap teringat anak..Adoi..sentimental betul..Dulu bercinta dngn Cik Mas pun tak ada rindu macam ni. Dan yang paling lucu kami sekeluarga..Cik Mas,Encik Suami n anak sulung pergi ke Johor semula selepas 4 hari!! 
Untuk Baby duduk jauh dari keluarga,pandai2 jaga diri. Yang penting belajar rajin2. Jangan fikir benda lain. Ingat pesan mama, babah n kakak. We love u baby 


Ahad, 12 Jun 2016

BERBUKA PUASA DI INTEKMA RESORT


            Assalamualaikum semua..semoga semua sahabat yg singgah diblog Cik Mas berada dalam lindungan Allah dan mendapat keberkatan Ramadhan Al Mubarak. Mesti dah ramai yang turun berat badan bulan ni kan? Samala..Cik Mas pun adala turun sikit tapi kali ni Cik Mas bukan nak cerita pasal turun berat badan tapi nak cerita hal makan.. hihihi ...berbuka puasa.

     

          Baru2 ni Cik Mas dan kumpulan Small Group Kaizen Cik Mas yang diberi nama PRO Q telah berjaya dpt no 4 dalam presentation. Jngn gelak ye walau no 4 tapi dpt hadiah, kami gunakan wang hadiah kemenangan dengan berbuka puasa di Intekma Resort uolls. Kalau menang no 1 mesti lagi hebat tempat kita orang berbuka. Hihihi.. mau kat planet Zuhal.

    

         Ketua kumpulan kami Diana yang cadangkan tempat ni. Siap tema lagi you..pergi kena pakai baju tradisional dan warna mestilah samada pink atau coklat atau merah atau oren. Walaupun 10 orang tapi semangat  tetap membara. Ahli kumpulan PRO Q ialah Diana, Aisyah, Shidah, Fatihah, Zaleha, Ratiga, Zulaiha, Zaimi, Fikri dan Cik Mas.

 

Ha ni group Cik Mas Group Pro Q. Yang bongkok tu bukannya orang tua tapi style dia mmg mcm tu.

            Kami semua bertolak dari tempat kerja. Salin baju dan touch up muka di tempat kerja. Pergi sama-sama konvoi 3 kereta. Mmm macamla jauh Intekma Resort tu. Pukul 7 kita orang dah sampai..ingatkan kami yg awal rupanya ramai dah kat situ. Kat sini bila sampai ada detik best....hahaha. Diana tersalah pakai kasut. Tak tahulah Cik Mas kasut siapa yang disarungnya..apalagi patah balik kekereta. Lepas tu baru lawa dgn high heel pink. Diana..excited ye?

              Bila sampai takkan nk makan terus dik non oi..belum maghrib. So kita enjoy...hehehe bergambar la apa lagi...

 

     Woww..walaupun group kita orang no 4 tapi dalam group kami ada yg champion rupanya... bila masuk bab makan. Fikeri mmg hebat bab makan. Tak malu rupanya si Fikeri ni.

Zaimi yang menunggu meja sebab kami semua bergambar..kesian dia meleleh air liur..


Adalah dipercayai separuh dari kambing yg tergantung tu dimakan oleh Fikri.

       Makanan kat sini boleh dikatakan best..berbaloila dengan harga. Kalau nak lagi best kena la bayar lagi mahalkan. Kat Shah Alam ni average hotel untuk buffet berbuka puasa dah ada yg hampir RM150.00. Kat sini makanan ada kambing bakar, nasi putih dan nasi minyak, lauk dari kari kepala ikan, ayam, daging, sotong, sayur,ais krim,a.b.c dan macam2 lagi. Kalau nk tulis semua mengah jari Cik Mas. Dahla jari 1 hari tak menyuap nasi ni. Waktu makan diiringi oleh pemuzik tradisional tapi memang Cik Mas tak dengar pun sebab lebih fokus pada melayan kelaparan.


Ni gambar kenangan kami dari kiri ke kanan: Ratiga, Shida, Zaleha, Zulaiha, Cik Mas,Aisyah, Fatihah dan Diana.

Zaimi dan Fikri tiada dalam gambar...hihihi sebabnya akan mencacatkan kemanisan wanita-wanita di atas.

       Plannya nak balik pukul 8.30 tapi borak punya borak terbabas sampai 9.30. Lupa kat rumah....

        Walaupun sesi berbuka puasa ni pendek dan ringkas tapi jadi kenangan pada Cik Mas. Yelah selalunya hal kerja je yg diceritakan tapi bila diluar rupanya kawan2 ni boleh buat bergurau. Mlm tu kami penuh dgn ketawa. Betul kata orang..Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati.

        Tulisan dlm blog ni akan jadi kenangan untuk kami semua. Semoga detik malam ini boleh berulang lagi

 Ni Cik Mas yg tngh posing selepas perut kenyang.


...Terimakasih semua

Sabtu, 11 Jun 2016

KATA ORANG... BULAN PUASA


Kata orang..bulan puasa  

Hantu dan setan tak ada

Tapi knapa masih ada

Buat yang ditegah macam tak ada apa-apa.

.

Kata orang...bulan puasa

Bulan boleh jimat cermat

Tapi bila dibazar ramadan

Beli tak ingat habis disebat.

Kata orang...bulan puasa

Masjid penuh dengan manusia

Tapi cuma waktu sembahyang sunat terawih saje

Waktu solat wajib tetap muka sama.


Kata orang...bulan puasa

Kena bnyak sabar

Disebabkan perut lapar

Jangan pula orang kita tampar.


Kata orang...bulan puasa

Macam-macam makanan ada

Semuanya sedap dan berselera

Lepas tu buat2 heran berat badan sama saje.



Kata orang... bulan puasa

Sedih betul nak ditinggalkan

Tapi baru seminggu puasa dah mcm nk sambut raya

Kuih raya dah order baju raya dah ada.





Selasa, 24 Mei 2016

KITA SEMUA BAKAL JENAZAH



Kita semua bakal jenazah

Yang akan dibawa pergi

Walau kita masih ingin dirumah

Mendengar radio menonton tv.




Kita semua bakal jenazah

Yang akan disembahyang

Meninggalkan suami/isteri dan anak-anak tersayang.


Kita semua bakal jenazah

Yang nanti tak perlu bersolat & puasa lagi

Syawal pun tak kan kita ketemu lagi.




Kita semua bakal jenazah

Yang nanti akan ditangisi mungkin utk 2-3 hari

Sendirian berdepan dgn dosa sndiri

Pedih menanggung jahil diri.


Kita semua bakal jenazah

Yang akan diselimuti kain putih

Waspada kalau hati tak jernih

Waktu bernyawa taburlah benih.


Kita semua bakal jenazah

Yang nanti digelar arwah

Yang ingat surah yasin disedekah

Yang lupa kita sudah tak bisa marah.


Kita semua bakal jenazah

Bila disiksa,dihimpit tanah

Beruntunglah punya anak yg berdoa untuk ibu dan ayah.


Kita semua bakal jenazah

Nanti kita akan tingglkan duit,emas dan rumah

Yang kita bawa hanya amal dan sedekah jariah.


Kita semua bakal jenazah

Kalau Munkar Nakir membelasah

Tiada siapa yg tahu azabnya di rumah

Kerana itu sentiasalah dengan kalimah

Rukun Islam dipatuhi

Rukun Iman jangan diragui

Fardu Ain jangan ditinggalkn

Fardu Kifayah jangan disewenang-wenangkan.


Subhanallah Alhamdulillah Allahhu Akbar

Lailahhaillallah





Khamis, 19 Mei 2016

LUAHAN HATI SEORANG KAKAK KEPADA ADIK


Kepada adikku: QURRATU ELISA (Baby)
 

 Adik, kita dah membesar. Dah lama tinggalkan mainan anak patung. Sudah punya lakaran hidup masing2. Kita dah mula melawa dah tak mengharapkan mama untuk make up kan kita. Walau sekarang hidup kakak lebih seronok punya kawan yg ramai tapi tetap tak boleh lawan adik kakak,Baby, yang comel. Pulang kerja mesti kena cari adik..

       Dengan adik kakak si Baby,kakak boleh bergurau manja maupun gurau kasar. Ahh terkadang kala akak terpaksa garang dengan Baby sebab kakak adalah kakak. Apatah lagt bila mama tiada kakak terpaksa memegang watak mama dan waktu yg sama jadi kakak. Kakak sedar,utk beberapa kali Baby tak suka tapi fahamilah itulah yg sepatutnya kakak lakukan.


   Memang kakak malas sikit, berbanding Baby yang memang rajin mengemas rumah. Tapi kakak bukan malas sangat. Mesti adik tak sangka sewaktu Baby kecil bukan sekali dua kakak mendodoikan Baby sampai tertidur. Mama sibuk memasak didapur. Ketahuilah Baby takkan dapat buat mcm tu untuk kakak. Baby takkan berpeluang buat mcm tu sebab kakak adalah kakak n adik tetap adik. Selalu juga adik, kakak menjinjing pampers adik yg busuk sebab kencing dan berak untuk dibuang ke dalam tong sampah. Tak terfikirkan? Pengorbanan seorang kakak jarang didendangkan dan tak pernah dilagukan.

     Seringkali juga adikku,Baby, sewaktu mama sedang menyuap kakak yg sedang lapar tiba2 adik menangis terjaga dari tidur mungkin kebasahan dan kakak dibiarkan.        Tapi kakak faham..adik kakak terjaga. Kakak yang kecil ni dah mula faham dan berkorban utk adik. Tapi adik tau, kakak memang mau adik terjaga sebab kita boleh main sama2 walaupun itu bermakna perhatian pada kakak akan terbahagi dua. Tak pernah kakak peduli pun.

     Baby adikku,kita beruntung sebab sama jantina. Mama sering pakaikan kita pakaian yang sama ataupun warna sedondon. Comel..ah pasti perhatian lebih tertumpah pada adik kakak sebab Baby lebih montel, tembam,gebu dan putih. Memangla ada sedikit geram tapi yg banyaknya kakak tak kisah malah bangga ada adik yg comel lote. Tau tak sejak Baby muncul dlm keluarga kita..tiap kali berjalan, Baby yg bnyk didukung. Kakak pula....mmmm berjalan. Letih Baby oi terutama musim cari baju raya. Tapi seorang adik memang patut didukungkan.

     Keterlaluan la kalau kakak cakap kakak pernah menyusukan adik. Tapi kakak berpeluang memegang botol susu adik sampai adik tidur kekenyangan. Susu yg meleleh dipipi tembam adik kakak lapkan. Sewaktu mama mengemas rumah kakak yg meneman Baby..tidur disebelah adik kesayangan. Tiada seorang pun adik yang terfikir jasa seorang kakak untuk adik sewaktu kecil. Terlalu kecil mungkin tapi bisakah adik nanti,berpeluangkah adik nanti menyuap kakak sampai kekenyangan. Mahukah adik nanti tidur menemani kakak?

     Adikku Baby,bukan semua cerita kita cerita indah..hahaha. Kita pun sering bergaduh. Ada saje sebabnya untuk kita menangis. Dalam kita membesar bersama2, sering kali kakak dimarah disebabkan kesalahan adik. Kakak dicubit walau adik yg bersalah. Kakak dimarah kalau adik jatuh waktu berjalan. Semua ini sebab kakak perlu jaga adik yg kecil. Kalau kita sama2 salah kakak akan dihukum lebih dari adik. Memang kakak sedih tapi inilah pengorbanan kakak. Biar dilupakan tapi ianya adalah memori manis kita.Kakak bisa tersenyum sebab segala pengorbanan kakak walau tiada yang ingat tapi tetap menyumbang pada pembesaran adik. Baby pun tak boleh kakak menyakat sikit tapi waktu sama gelisah kalau kakak pergi sekolah. Baby adalah orang yg bersorak dan paling gmbira bila nampak kakak turun dari bas sekolah. Sewaktu Baby menjejak kaki ke sekolah kakak yang ditugaskan oleh mama utk mengawasi sang adik. Kakak seronok bagitau semua orang.."tu adik aku".

     Kalau dulu kita asyik mereport antara satu sama lain..tp sekarang dah terbalik kita simpan pula rahsia satu sama lain. Tapi macam kata babah lg bnyk rahsia maknanya banyaklah salah. Jadi jangan suruh kakak simpan rahsia lagi. Mari kita jadi anak kebanggaan mama n babah. Kesian babah n mama yang membesarkan kita menghadapi banyak kesukaran. Tapi kesukaran tu buat kita akrab.



Bila kita menginjak remaja, sungguhpun kita adik beradik tapi ada juga perbezaan antara kita. Bila kita berselisih faham mama selalu "ckp korang cuma berdua saje tak payah nak gaduh2". Betul la tu. Kita kena jadi aur dgn tebing saling menyokong satu sama lain. Insyaallah kakak akan cuba jadi kakak yg terbaik.

                            Walau ada masa gaduh kita kira akrab jugak kan Baby......?

     Baby,adikku, sebenarnya banyak yang kakak cemburui pada adik. Takkan tak cemburu sebab adik ada banyak kelebihan, sampai hari ini adik boleh bermanja dengan kami semua. Kakak pasti nampak gedik kalau macam tu. Baby sebagai adik tak prnh rasa was was utk meminta sesuatu. Baby bila dengar kakak dah gaji terus minta bahagian. Tak apalah adik. Walaupun kakak ni tak berapa pandai masak tapi kakak la Chef bila mama tak ada. Seronok tengok Baby menyuap lauk kakak masak. Harap pujian Baby yang kata sedap tu..ikhlas. Pada kakak walau kakak tak boleh buat macam adik tapi apa yang kakak dah buat untuk adik..dah berbaloi sebagai kakak.

     Sebenarnya banyak pengorbanan kakak..yg kakak pun dah lupakan dan terlupa. Bukan utk mengungkit tapi mewakili semua kakak2 dlm dunia ni melahirkan rasa hairan knapa tiada penulis lirik ciptakan lagu utk golongan kakak. Ahh..hari kakak pun tak ada!!

     Kata babah..Baby sebagai adik kena hormati kakak sebab kakak wanita selepas mama. Kakak tak pedulikan sangat tu sebenarnya yang kakak pedulikan..sebagai wanita selepas mama kakak perlu bertanggungjawab macam mana mama menjaga Baby. Terimakasih kerana menghormati kakak. Jangan nakal. Love u Baby adikku


Yang benar,


Kakak  ♡♡

   

   

Isnin, 16 Mei 2016

PERTAMA KALI KE RESTORAN JEPUN

     Apa khabar semua... Cik Mas kali ni nak cerita tentang 'lawatan' Cik Mas ke Restoran makanan Jepun. Pertama kali uollls. Sebenarnya Cik Mas dah teringin masuk restoran Jepun dah lama sngat tapi Encik Suami x layan sbb dia kata dia x suka..x blh masuk. Emmm ada juga yg dia xblh mkn sbb setau Cik Mas dia mkn je semua makanan yg halal ni. So pendamkanlah. Tapi tiap kali lintas restoran Jepun Cik Mas suka tengok makanan yg bergerak atas conveyer. Mungkin sedap lagi makanan kita tapi sebab conveyer tu Cik Mas teruja.
     Kebelakangan ni anak sulung Cik Mas selalu ajak makan restoran Jepun. Selepas beberapa kali dia ajak, Cik Mas pun bgtau Encik Suami...hihihi senang je cakap anak ajak.. Encik Suami dengan berat hati pun ikut kita orang..dlm kereta pun cuba utk gagalkan plan kita orang tapi 3 lawan 1..mesti 3 menang...yesssza
Kita orang pergi makan malam. Sampai sana amboi orang..kena beratur la pulak..mesti ok tempat ni. By the way nama restoran ni Sushi Zanmai. Hampir 15 minit jugak la kita orang beratur kat luar tunggu seat..tu pun nasib baik dapat potong barisan sebab org depan kita orang dua orang n ada seat utk 4 orang..so kita orang diberi keutamaan dulu.

Sebelum masuk Encik Suami dah pastikan tempat ni ada pengesahan sijil halal...
Ni gambar dalam restoran lepas kita orang dapat duduk..Cik Mas tengok service cepat..duduk je waiter terus datang ambik order lepas tu makanan datang dlm masa 15 minit kot. Xadala tunggu lama. Masa tunggu tak ada boring sebab tengok makanan berjalan tepi Cik Mas.


Ha gmbar yang atas tu conveyer sebelah Cik Mas je. Ambik je mana berkenan. Restoran memang bersih. Pekerja pun kira mesra pelanggan.

Anak Cik Mas tengah belek menu atlast akak dia yang order. Masuk restoran Jepun tapi pakai topi Korea. Dia makan je janji jangan seafood. Ingat baby babah pesan...jaga badan tu..jgn bagi kembang sangat.







Ni antara makanan yg singgah sekejap kat atas meja kita orang..kenapa singgah sekejap?sebab kita orang dengan laju menghabiskannya dan masukkan ke dalam perut. Maaf ye makanan lain x sempat ambik gambar sebab lapar..lagipun bila dah start makan lepas tu makanan lain sampai malas Cik Mas nak berenti makan utk ambik gambar.  Utk yg rasa x blh mkn makanan Jepun yg kurang masak ni..blh juga order nasi macam gmbar kat atas. Tu Encik Suami punya. Semua puas ati makan kat sini.. kecuali Encik Suami. Dia kata x kenyang n nk berenti makan tempat lain kejap lagi..ahhh kita orang okay je..nk berenti 2-3 tempat lagipun ok. Anak2 ckp nak datang lagi..tp babah diorang buat xdengar je. Bila bil datang..kakak bayar bil..terimakasih kakak sebab belanja kita orang. Nanti belanja lagi ye. Arigato gozaimas..