Sabtu, 13 Ogos 2016

JANGANLAH SOMBONG..SENYUM




              Assalamualaikum..semoga semua dalam peliharaan Allah. Entri kali ini diblog Cik Mas ini adalah lebih kepada rasa hati Cik Mas yang melalui kejadian ini baru-baru ini. Mungkin ada yang tak sependapat ada yang tak serasa tapi tulisan ini adalah pandangan dan rasa Cik Mas sendiri.

             Pernah tak anda semua melalui peristiwa sedang makan atau berjalan tiba-tiba didatangi oleh peminta sedekah atau penjual keropok/tisu? Mereka ini sering berada dipintu masuk bank, shopping complex, tepi jalan, kedai makan dan macam-macam lagi tempat. Kadang-kadang dia orang ini berseorangan, berdua dan berkumpulan. Ada yang muda, ada yang tua,ada lelaki dan perempuan.


           Peristiwa Cik Mas lalui berlaku disebuah kedai makan. Ada seorang lelaki dalam lingkungan 30an memegang keropok untuk dijual menyapa semua pelanggan yang hendak membuat bayaran dikaunter. Sapaan lembut dengan harapan ada yang membeli keropok jualannya. Sambil menyapa menawar keropok sambil menunduk hormat. Dari wajahnya memang Cik Mas tengok keletihan. 
          Disapanya 2 orang wanita bertudung manis tapi yang buat Cik Mas angin satu badan mereka langsung tak menoleh pada penjual keropok tu walau sapaannya jelas kedengaran. Nak kata pekak boleh pula berbual sesama sendiri masa beratur tadi. Manalah budi bahasa. Sekolah manalah dulu..rasanya kalau masuk sekolah jenis cina atau tamil apatah lagi kebangsaan mesti ada belajar adab. Kalau tak nak beli pun pandanglah, senyumlah. Pastu cakap tak nak. Adoi tu pun nak diajar ke? Kalau suara tu merdu macam Dato Siti Nurhaliza takut hilang eksklusif bolehla diterima. Kalau rasa suara tu mahal..cukuplah senyum dan geleng kepala. Senyum tu kan sedekah. Mana tau sebab senyum kita dia menjadi lebih semangat untuk berjual tidak putus asa. Untuk mencari wang untuk keluarga yang susah dikampung. Mencari wang untuk membayar hutang yang bertimbun. Mencari wang untuk keperluan adik menyambung pelajaran. Kalau senyum kan dapat pahala percuma. Jangan sombong...senyum.


              Cik Mas pun hairan kenapa mesti bersikap macam tu. Cik Mas fahamla kalau orang tu peminta sedekah yang asyik datang ke meja makan sewaktu makan. Mungkin kita terganggu atau rimas, tapi orang ni menawarkan produk. Bukan dia paksa beli pun dan bukan tengah makan pun. Rasa Cik Mas kalau peminta sedekah pun rasanya tak patut kita kita tak pandang dia walau tidak mahu menghulurkan sedekah. Sombongkan? 
            
            Macammana kalau diakhirat nanti kalau Allah dan Rasul berpaling dari kita? Tak takut ke di akhirat nanti orang yang kita mahu mohon ampun atas dosa didunia tidak memandang kita? Cik Mas rasalah setiap peminta sedekah/penjual keropok/tisu bila mereka melangkah keluar dari rumah mereka, mereka sedar dan tak mengharap setiap orang yang ditemui akan memberi sedekah atau membeli barangan mereka. Tapi dihati mereka rasanya lebih banyak mengharap janganlah mereka bertemu dengan orang yang menghina atau memandang mereka seperti sampah. 
          Cik Mas bukan sarankan kita kena beli setiap barangan mereka tapi apa yang nak ditekankan disini adalah elok kalau menolak dengan berhemah, bersopan seperti ayunya wajah kita. Terutama kaum perempuan..kita ni jarang ke masjid untuk sedekah duit ke tabung masjid. Ada pulak bila pergi lupa bawak duit. Kadang-kadang tak lupa bawa duit tapi cari duit kecik tak ada..tak jadi sedekah juga. Mungkin diorang ni antara cara kita bersedekah. 

         Cubalah Aaron Aziz atau Neelofa berdiri kat situ, dia tak tegur pun mesti kita yang tegur dia. Siap bergambar lagi. Tulah kita selalu kata kita sentiasa tak lupa bersyukur..buktinya kita sebut Alhamdulillah. Tu aje? Kalau bersyukur dengan rezeki kita, kenalah juga agihkan kat orang lain. Pernah dengarkan..."duit yang kita dapat bukan semua hak kita. Ada juga hak orang lain dalamnya".


     Agaknya orang-orang macam nilah kena tipu dengan sindiket 'gores dan menang'. Hairan pula kalau dengan sindiket ni boleh pula berborak panjang sampai keluarkan duit. Orang macam inilah agaknya kena tipu puluh ribu ringgit dengan sindiket 'Love Scam' sebab pandang sangat abang Afrika. Allahhualam..emosi sikit Cik Mas ni sebab gerammmm.


     Berbalik pada penjual keropok, Cik Mas dapat tahu kebanyakan mereka berasal dari Pattani, Thailand. Untuk pengetahuan semua orang Pattani kebanyakannya adalah orang Islam. Kehidupan mereka susah sebab ditidas dan dipinggir dari pembangunan kerana mereka ni golongan minoriti. Islam di Pattani telah bermula pada kurun ke 12 lagi, lebih awal dari Tanah Melayu.

     Allah bagi rezeki pada kita  hari ini, tak bermakna sepanjang hidup kita diberi rezeki. Macam musim hujan ada juga masa panasnya. Jangan sebab sikap sombong kita rezeki kita ditarik oleh Allah. Jangan sebab kedekut kita ada anak yang kelaparan. Jangan sebab sombong kita, kita dimurka Tuhan. Allah maha kuasa maha mengetahui. Orang yang tak disukai ramai, sering dimuliakan Allah. Orang yang dikutuk dan dihina ramai, sering orang yang benar disisi Allah. Orang yang kita sisihkan sering mendapat tempat dihati orang lain. Dan kita pula jangan jadi orang yang berduit tapi miskin, jangan jadi orang yang cantik tapi berwajah hodoh, jangan jadi orang yang celik tapi tak nampak apa dihadapan. 

Hayati lagu Najwa...lirik ada Cik Mas letak di bawah.

 ***************************************************************************** Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa


Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
 

Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
 

Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
 

Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit


Ulang Verse
Ulang Chorus


Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
 

Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian


Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini


Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

 


Jumaat, 29 Julai 2016

DAPUR OH DAPUR

     Apa khabar semua? Semoga semua pelawat blog Cik Mas dan keluarga diberkati Allah hendaknya. Terimakasih banyak-banyak kerana tak jemu melawat blog Cik Mas.

     Minggu akhir Julai ni Cik Mas sibuk untuk touch up dapur rumah Cik Mas. Dah banyak kali minta Encik Suami buatkan 2 rak. Cik Mas nak rak tempat letak minyak masak dan satu lagi nak rak tempat garam/gula. Lemas Cik Mas tengok sebab sekarang ni letak atas table top je benda2 tu semua. Susah sikit nak lap dan berterabur. Bila panggil tukang semua ckp boleh buat tapi tak buat2,sebab job kecik. Untung ciput. Ada tu letak harga yang rasa tak logik.

      Akhirnya apa lagi...D.I.Y. la!! Beli kayu buat sendiri tapi Encik Suami adala minta bantuan kawan juga. Apa lagi Cik Mas pun ukurlah..bagi kat tukang amatur tu ukuran idaman Cik Mas dan warna pilihan Cik Mas. Kat sini Cik Mas nak nasihatlah kalau sesapa nak buat kitchen cabinet tu buat semua sekali gus. Terus siapkan semua. Kalau jadi macam Cik Mas ni nak tambah kemudian orang tak berapa nak sangat lepas tu nak dapat lambatla sikit..budget dah abis.



Inila rak-rak yang Cik Mas maksudkan. Sekarang minyak masak dah ada rumah dia..hihihi. Rak yang lagi satu rumah utk rempah-rempah, garam, gula dan lain-lain ...ha baru tersusun. Senang nak masak..dan mesti lagi sedap ni telur dadar Cik Mas kali ni. Tak sempat ambik gambar sebelum ni...dulu susun bawah rak..selerak. Ha..cuba korang fokus kat kain segitiga kat rak tu. Tu jahit dan gunting sendiri oleh Cik Mas. Kalau sape2 nak order bolehla call ye..hihihi.


     Kalau korang perasan dapur Cik Mas ni masa buat dulu Cik Mas buatkan dia tema buah epal. Sebab tu kabinet sebelah atas warna hijau dan kabinet sebelah bawah warna merah. Tu melambangkan dua warna epal. Bahagian tengah pula ada almari warna putih dan termasuklah 2 rak yang baru buat pun warna putih. Warna putih melambangkan warna isi buah epal.




     Berbalik pada 2 rak yang baru tu..walau D.I.Y. tapi Cik Mas kira puas hati jugakla. Ala tukang kayu amatur..bolehla Cik Mas bagi 3 1/2 bintang. Ni tengah disiplinkan diri supaya sentiasa kosongkan ruangan bawah rak tu..kalau tak macam tak gunalah rak tu. Tapi masalahnya Cik Mas tak boleh tengok ada tempat kosong mesti nak letak barang. Kena tahan kan diri kali ni.


     Kat dapur ni ada meja makan, antara tempat anak2 bercerita aktiviti seharian mereka. Meja ini juga adalah saksi betapa gelojohnya Cik Mas makan sejak kebelakangan ini. Sampai badan dah naik. Tak berani nak timbang dah ni.




Tingkap dapur ni tinted pun kira2 macam D.I.Y. juga. Encik Suami dengan anak bongsu, Elisa, yang menggelapkan tingkap tu. Nak kata tak cun tu taklah juga..korang tengokla gambar tu.



     Lagi satu kat dapur ni yang DIY ialah rak ni. Cik Mas sengaja letak pokok hidup. Menambahkan oksigen dalam rumah. Harap pokok-pokok ini diberi usia yang panjang. Ha... yang satu lagi tu masih kosong. Belum fikir nak letak apa.

Itulah serba-sedikit kisah dapur Cik Mas. Lepas ni insyaallah Cik Mas nak post resipi masakan Cik Mas pulak. Pandai ke masak?

Tunggguuu...


Rabu, 27 Julai 2016

#THROWBACK BERBUKA PUASA DI CONCORDE HOTEL SHAH ALAM






                   Apa khabar semua? Maaf kali ni Cik Mas nak post cerita yg org panggil 'throwback'. Bukan apa bila belek2 handphone ada gmbar yg memang utk blog tapi lupa. Yelah kusyuk puasa. Dah abis raya baru perasan.


                    Di pagi ramadhan yang tenang tiba-tiba kawan sekerja Cik Mas, Hadzami, bagitahu dia dapat bajet dari aktiviti tempat kerja untuk digunakan untuk berbuka puasa atau kata singkatnya MAKAN. Jumlah orang yang perlu dilibatkan seramai 6 orang dan bila tanya bajet, ayat Hadzami ada tapi. Setelah dibuat perbandingan kami setuju di Concorde Hotel, Shah Alam.


                   Selain Hadzami dan Cik Mas yang datang untuk majlis ini adalah Mama Jue, Hadi,Jai n Pian. Ceh ceh tengok la Cik Mas dlm gambar kat atas tu dikelilingi oleh abang2 sado...sado la sangat. Cik Mas dan Mama Jue bawa anak. Bila anak pun ikut Cik Mas, takkan Encik Suami berbuka seorang jadi dia pun ikut serta.

Ni Cik Mas dengan Mama Jue. Banyaknya makanan depan Mama Jue. Habis ke tu?


Ni lah gmbar kenangan kami semua. Yang lelaki tak larat bangun sebab perut dah boroi. Tengok muka pun tau Hadzami ambil gambar tahan nafas control perut...hehehe..


                 Berbuka puasa di Concorde Hotel memang meriah sebab kita orang dapat meja yang dekat dengan makanan. Bangun je dari kerusi berjalan sikit dah sampai tempat makanan. Kat sini tema makanan adalah Makanan Selat, tapi Cik Mas pun tak faham apa yang Selat. Tengok makanan macam-macam ada. Wow kat sini selain dari kambing, ayam, ikan, udang dan macam-macam lagi yang special ada puyuh dan rusa. Bila jeling pinggan Encik Suami daging rusa memang jadi pilihan dia.

Dua orang puteri yg sudah boleh tersenyum sebab dah kenyang.


Cik Mas berada di antara makanan yang dihidang pada malam tu. Rasanya banyak makanan yang kami tak jamah sebab makanan terlampau banyak n perut terlampau kecik.

Ha..untuk korang yang melawat blog Cik Mas ni kali ni Cik Mas nak belanja korang sekeping ambar Cik Mas yg menjejaskan dan menghilangkan keayuan dan kesopanan serta kesusilaan diri. 


Peghh..tengokla Cik Mas tu pekena sup gear box. Nyum nyum..memang marbeles.. kena lak campur dengan sambal kicap. Jarang-jarang tau Cik Mas belanja gambar yang kurang cute ni...hihihi jangan marah

Ni adalah band yang datang menyanyi meja ke meja. Bila sampai ke meja kita orang apa lagi Cik Mas pun bergambar la..


Ni dengan Encik Suami yg menumpang event kita orang ni. Gambar ni ambik masa kawan2 lain dah balik..tu yang duduk rapat2. Hihihi...

               Tapi yg pelik tengok kawan2 Cik Mas yang lain makan tak banyak pun. Mungkin malu kot. Apa pun rasanya semua puas hati dngn makanan kat sini.


         

Jumaat, 1 Julai 2016

BERBUKA PUASA DI SACC SHAH ALAM




          Assalamualaikum semua... Dah beli baju raya? Ada tak yang boleh lawan baju Rozita Che Wan dan family? 110 pasang!! Untuk Cik Mas dan keluarga macam kawan-kawan lain juga. Cara sederhana. Tapi tahun ni baju raya Cik Mas di sponsor oleh penaja..QURRATU AINI MAS ELIA. Hihihi tahun ni anak sulung Cik Mas belanja. Terimakasih akak.


         Tapi entri kali ni nak cerita pasal berbuka puasa atau iftar di SACC Shah Alam. Ni adalah lokasi yang setiap tahun Cik Mas dan keluarga pasti pergi. Nak sampai ke lokasi,punyalah jam. Kereta terlalu banyak. Yelah lokasi SACC ni dekat dengan Plaza Alam Central, PKNS Complex, hotel Bluewave dan banyak lagilah tempat tumpuan ramai kawasan tu. Tapi kali ni Encik Suami beritahu dia ajak kawan berbuka sama. Pok Ya. Emm..ni kawan lama dia ni. Pok Ya ni kelakar orang dia..kalau masuk Maharaja Lawak Mega cuma Sepahtu je yang boleh kalahkan dia.




       Memang setiap tahun bila berbuka puasa di SACC, orang memang ramai. Tapi tahun ni Cik Mas rasa paling ramai. Bila ramai memang meriah tapi bab nak ambik makanan tu yang leceh..beratur panjang. Cik Mas memang puji bab makanan di SACC..banyak gila. Walaupun Cik Mas ronda banyak kali untuk ambik makanan tapi ada juga tempat makanan yang Cik Mas tak sempat nak 'lawat'. Ini disebabkan makanan yang banyak, tempat makanan tu ada yang terlalu jauh..macam tak berbaloi nak pergi tengok jauh2. Bukan makanan je banyak, air dia pun ada berjenis-jenis. Macam-macam warna rasanya air pada malam tu lebih 10 pilihan. Ballroom dia memang besar. Rasanya meja ada 100 lebih sebab meja Cik Mas dah nombor 97. Tema makanan berbuka puasa di SACC ialah Masakan Minang.



       Makanan kesukaan Encik Suami kat sini rendang itik. Tapi Cik Mas suka cendol dan serawa durian dia...seeeedapp. Anak Cik Mas pula semua dia suka. Kakak memang jenis tak memilih makanan. Sambil makan tu teringat pulak kat anak sorang lagi..yang duduk jauh.


        Secara keseluruhannya Cik Mas rasa kat SACC dari segi makanan memuaskanlah. Dekorasi memang cantik. Cik Mas memang rekomen la tempat ni..kalau tak takkan Cik Mas datang tiap tahun. Cuma kalau boleh dibaiki mungkin susun atur makanan kena letak jangan terlalu berselerak sampai susah nak 'lawat'. Mungkin kena kecikkan dewan atau pun dewan tu dibuat dua bahagian. Satu lagi tempat sembahyang tu ditingkat dua macam jauh sangat. Adalah lebih elok kalau di ubah lokasi kepada lebih hampir dengan ballroom. Hotel UITM tempat sembahyang berhadapan dengan ballroom. Mungkin SACC tak boleh buat macam tu tapi Cik Mas tetap rasa yang SACC perlu ubah lokasi tempat sembahyang untuk kemudahan pelanggan berbuka puasa..


    Perut dah kenyang..alhamdulillah..senyum..









Selasa, 28 Jun 2016

SELAMAT BELAJAR ANAK...TAHNIAH

     Assalamualaikum..macam mana puasa semua setakat ni..semoga puasa kita semua diterima Allah dan menjadi pelindung kita diakhirat nanti. Untuk post kali ni Cik Mas nak kongsi peristiwa yg berlaku pada minggu ke 2 ramadhan.
Beg2 yang bnyk!! Bkn Cik Mas lari dari rumah tau..hehehe. Ni beg2 anak Cik Mas yg bongsu Qurratu Elisa. Tahniah Baby sbb dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti. Sebenarnya Cik Mas, Encik Suami dan anak sulung berbelah bagi antara gembira dan sedih. Yelah kami tak pernah berpisah. 4 tahun lepas bila anak sulung Cik Mas dpt tawaran ke UITM Arau, kami tolak sbb jauh. Sebenarnya lebih kepada perasaan tak boleh lepaskan...hehehe
     Tapi untuk anak bongsu ni Cik Mas dan Encik Suami memang teringin nk masukkan dia ke U yang jauh sikit. Kebetulan dia pun nk yg jauh2. Mula2 dia apply ke Serawak, Trengganu tp syukur dpt di sini..cuma 2 1/2 jam dari rumah
 
Nilah tempatnya UITM Johor kampus Segamat. Namanya UITM Johor sbb UITM pertama yg dibina di Johor. Anak Cik Mas tak lama di sini bila UITM Rembau beroperasi dia akan pindah ke sana.

Mlm sebelum hantar anak ke kampus, tak disangka2 Encik Suami menitiskan airmata sbb sedih berpisah dgn anak. Eish xjadi lah Cik Mas sedih..biarlah dia sedih. Itulah seorang Ayah kan, walaupun garang,tegas tapi tetap blh menitiskan airmata sbb anak. Dari situ kita tahu marah seorang ayah tu adalah sbb sayang..cuma bila kna marah anak rasa x disayang..
Ni Baby tngh isi borang pendaftaran..Baby tulisan tu elok sikit. Besar dah anak mama. Problem la Mama nanti..sapela nak kemas rumah nanti..

Cehhh..ni Baby dah pakai name card..jadi rasmilah anak mama ni seorang mahasiswi..sebenarnya anak Cik Mas yang ni memang tak menunjukkan ketekunan dan kesungguhan dia dalam pelajaran..cuma ditahun akhir ada perubahan dalam pelajaran.
Berbalik pada cerita Cik Mas tadi..pada hari tu Cik Mas sempatla berbuka di sana..hehehe..tinggal kita orang je ibu bapa yg x balik2 lg. Kita orang berbuka di bazar ramadhan UITM..pandang kiri kanan semua student.
Pulang dari hantar Baby rupanya Encik Suami masih dalam kesedihan. Dikejutnya Cik Mas tngah malam cakap teringat anak..Adoi..sentimental betul..Dulu bercinta dngn Cik Mas pun tak ada rindu macam ni. Dan yang paling lucu kami sekeluarga..Cik Mas,Encik Suami n anak sulung pergi ke Johor semula selepas 4 hari!! 
Untuk Baby duduk jauh dari keluarga,pandai2 jaga diri. Yang penting belajar rajin2. Jangan fikir benda lain. Ingat pesan mama, babah n kakak. We love u baby 


Ahad, 12 Jun 2016

BERBUKA PUASA DI INTEKMA RESORT


            Assalamualaikum semua..semoga semua sahabat yg singgah diblog Cik Mas berada dalam lindungan Allah dan mendapat keberkatan Ramadhan Al Mubarak. Mesti dah ramai yang turun berat badan bulan ni kan? Samala..Cik Mas pun adala turun sikit tapi kali ni Cik Mas bukan nak cerita pasal turun berat badan tapi nak cerita hal makan.. hihihi ...berbuka puasa.

     

          Baru2 ni Cik Mas dan kumpulan Small Group Kaizen Cik Mas yang diberi nama PRO Q telah berjaya dpt no 4 dalam presentation. Jngn gelak ye walau no 4 tapi dpt hadiah, kami gunakan wang hadiah kemenangan dengan berbuka puasa di Intekma Resort uolls. Kalau menang no 1 mesti lagi hebat tempat kita orang berbuka. Hihihi.. mau kat planet Zuhal.

    

         Ketua kumpulan kami Diana yang cadangkan tempat ni. Siap tema lagi you..pergi kena pakai baju tradisional dan warna mestilah samada pink atau coklat atau merah atau oren. Walaupun 10 orang tapi semangat  tetap membara. Ahli kumpulan PRO Q ialah Diana, Aisyah, Shidah, Fatihah, Zaleha, Ratiga, Zulaiha, Zaimi, Fikri dan Cik Mas.

 

Ha ni group Cik Mas Group Pro Q. Yang bongkok tu bukannya orang tua tapi style dia mmg mcm tu.

            Kami semua bertolak dari tempat kerja. Salin baju dan touch up muka di tempat kerja. Pergi sama-sama konvoi 3 kereta. Mmm macamla jauh Intekma Resort tu. Pukul 7 kita orang dah sampai..ingatkan kami yg awal rupanya ramai dah kat situ. Kat sini bila sampai ada detik best....hahaha. Diana tersalah pakai kasut. Tak tahulah Cik Mas kasut siapa yang disarungnya..apalagi patah balik kekereta. Lepas tu baru lawa dgn high heel pink. Diana..excited ye?

              Bila sampai takkan nk makan terus dik non oi..belum maghrib. So kita enjoy...hehehe bergambar la apa lagi...

 

     Woww..walaupun group kita orang no 4 tapi dalam group kami ada yg champion rupanya... bila masuk bab makan. Fikeri mmg hebat bab makan. Tak malu rupanya si Fikeri ni.

Zaimi yang menunggu meja sebab kami semua bergambar..kesian dia meleleh air liur..


Adalah dipercayai separuh dari kambing yg tergantung tu dimakan oleh Fikri.

       Makanan kat sini boleh dikatakan best..berbaloila dengan harga. Kalau nak lagi best kena la bayar lagi mahalkan. Kat Shah Alam ni average hotel untuk buffet berbuka puasa dah ada yg hampir RM150.00. Kat sini makanan ada kambing bakar, nasi putih dan nasi minyak, lauk dari kari kepala ikan, ayam, daging, sotong, sayur,ais krim,a.b.c dan macam2 lagi. Kalau nk tulis semua mengah jari Cik Mas. Dahla jari 1 hari tak menyuap nasi ni. Waktu makan diiringi oleh pemuzik tradisional tapi memang Cik Mas tak dengar pun sebab lebih fokus pada melayan kelaparan.


Ni gambar kenangan kami dari kiri ke kanan: Ratiga, Shida, Zaleha, Zulaiha, Cik Mas,Aisyah, Fatihah dan Diana.

Zaimi dan Fikri tiada dalam gambar...hihihi sebabnya akan mencacatkan kemanisan wanita-wanita di atas.

       Plannya nak balik pukul 8.30 tapi borak punya borak terbabas sampai 9.30. Lupa kat rumah....

        Walaupun sesi berbuka puasa ni pendek dan ringkas tapi jadi kenangan pada Cik Mas. Yelah selalunya hal kerja je yg diceritakan tapi bila diluar rupanya kawan2 ni boleh buat bergurau. Mlm tu kami penuh dgn ketawa. Betul kata orang..Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Suka Hati.

        Tulisan dlm blog ni akan jadi kenangan untuk kami semua. Semoga detik malam ini boleh berulang lagi

 Ni Cik Mas yg tngh posing selepas perut kenyang.


...Terimakasih semua