Khamis, 28 April 2016

WARKAH BUAT ANAK-ANAK

Assalamualaikum anak-anak....
   
     Terlebih dahulu mama mohon maaf kerana mama mungkin tak sesempurna mama orang lain. Mama mohon maaf dalam mendidik kalian, kalian dipengaruhi oleh mama yang kecetekan ilmu dalam hal2 tertentu. Mama juga mohon maaf dalam gurauan kita terkadang perkataan mama menghiris perasaan anak2. Mama amat sedar semua tu walau kalian menelan bulat2 ketidak sempurnaan dan kesalahan mama. Walau sebagai ibu, mama tau bukan semuanya mama yang betul, bukanlah juga lesen utk mama melukakan hati kalian. Tapi percayalah kalian lah yang mama ada dalam dunia ini. Kalianlah penawar dan pengubat hati mama.  Kalianlah segalanya.

     Mama juga kesal dan terkilan terkadang kala mama tak dapat merealisasikan impian kalian hanya disebabkan mama tak punya lebihan wang. Dikala kawan2 kalian sudah punya yang baru kalian masih mengguna yang lama. Dikala teman2 kalian sudah menghirup suasananya kalian hanya menonton melalui iklan. Tak perlu mama ungkit mengandungkan kalian 9 bulan tapi mama lebih bangga bercampur sedih sebab kalian dapat menerima kekurangan dalam kehidupan yang mama berikan ini. Kalian tunduk membisu bila mama kata kita tak mampu macam mereka. Mama faham hati kalian melonjak untuk merasai pengalaman manis teman2 kalian. Mama tak salahkan kalian sebab kalau mama ditempat kalian, mama pun begitu. Percayalah setiap perkara yang mama gagal adakan utk kemudahan dan kesenangan kalian, yang mama gagal hadirkan seperti mama orang lain, sesungguhnya mama amat terkilan. Sungguhpun perkara tu dah lama, sungguhpun kalian kata 'tak apa mama'. Sebab tu mama tak pernah bangga dengan air susu mama yang membesarkan kalian sebab mama sering merasa banyak perkara yang mama tak dapat beri pada anak-anak mama. Selalu mama menahan airmata supaya kalian tidak melihat airmata  terkilan mama dan tak sedar kesusahan mama.

     Perlu juga mama mohon maaf di sini kerana terlalu banyak membebel pada kalian. Ketahuilah semua tu atas rasa sayang mama yang tak mau perkara buruk berlaku dalam hidup anak-anak mama tersayang. Mama pasti ada bebelan mama yang lama melampau, ada bebelan mama yang membuatkan kalian tidak menghabiskan nasi dipinggan, ada bebelan mama yang korang rasa macam dengar lagu merdeka pada bulan Februari. Ahh yang parah ada bebelan mama tu tak patut dibebel pun yang kalian tak salah pun. Tapi kalian mendiamkan diri kerana menghormati mama. Sebab tu mama tak pernah rasa bangga bangun malam menukar lampin kalian tapi mama lebih terharu sikap kalian yang diam walau tak bersalah. Mcm mama cakap mama tak sempurna..maafkan mama. Islam agama kita memang adil..mana mungkin anak sahaja ada salah pada mama. Untuk salah kalian, usah risau. Hari-hari mama maafkan. Hari-hari mama mendoakan yang terbaik untuk kalian.

     Didikan agama pun mama tak pernah abaikan. Mama nak ingatkan lagi, kemana pun korang pergi jangan abaikan solat 5 waktu. Solat tu tiang agama kita. Walau mengantuk macam mana pun bangunlah subuh. Sekarang mama boleh kejutkan..tapi bila mama dah tak mampu nanti korang kena bangun sendiri. Jangan tinggalkan zohor dan asar kerana kesibukan kerja. Jangan dibiarkan maghrib dan isyak terlepas hanya kerana nak menikmati makanan dan hiburan. Tau tak kalian tiap kali mama tengok muka kalian basah dek kerana air sembahyang mama jadi sebak, apatah lagi melihat kalian dalam telekung putih utk bersolat,berbunga2 hati mama.Sejuk hati mama rasa nak peluk2 kalian. Bangga punya anak macam kalian.

     Sekarang kalian dah besar..mama dah bagi didikan dan tunjuk ajar bukan semampu mama tapi seperti yang sepatutnya kalian terima. Walaupun begitu mama tetap was2 sebab dunia ni terlalu kejam. Susah untuk kita kenal kawan dan lawan. Mama tetap risau utk kalian tapi mama harap kalian boleh melaluinya sebab mama dah bagi banyak nasihat dan panduan. Banyak kejadian yang kalian dah saksikan utk dijadikan panduan dan sempadan. Itulah sebabnya mama selalu heret kalian dalam bnyak majlis walau kalian dah besar. Mama tidaklah terlalu berjaya dalam kehidupan, sebab tu mama nak kalian lebih berjaya dari mama. Mama tak punya harta yang banyak untuk kalian warisi. Apa yang kalian nampak itulah saje yang mama ada. Harta, jangan sampai meminta-minta. Harta, jangan sampai bergaduh. Usaha jika mahu senang. Mama sentiasa tunjukkan jalan. Jangan harapkan orang lain utk senang. Biar kita ditipu tapi jangan sampai menipu sebab harta ni jadi darah daging. Jangan sekali-kali mengambil hak orang lain.. yang penting ingat dalam mengejar harta, jangan sampai harta tu menghalang kalian ke syurga Allah.

     Mama pun tak punya apa2 bila mulakan hidup dulu. Hanya suami yang sentiasa beri sokongan. Tapi berkat sabar dan disiplin InsyaAllah berjaya. Tapi kejayaan mama hanya sekadar kejayaan sang kura2 yang baru menghabiskan larian 1km. Mama dah letih. Ada 4km lagi. Mama passkan baton ini untuk korang teruskan larian. Ingat berlarilah terus..jangan rebah. Elakkan halangan, jangan pedulikan sorakan. Kalian membawa nama mama. Mama akan iringi dengan doa tapi mama tau kalian lebih kuat dari mama. Kalian lebih bertenaga dari mama. Tau tak anak-anak..walaupun kalian dah besar..dah boleh memasak dah boleh mengemas rumah dan memberi mama duit bulan skrg tp mama tetap anggap anak2 mama masih kecil yg perlu dijaga,ditanya,ditegur dan dimarah.

     Anak2 mama yang dikasihi,
     Mama bangga kalian yang ditakdirkan mengisi keluarga ini. Mama nampak kesungguhan kalian dalam pelajaran. dari gagal menjadi baik. Mama terharu dengan kalian yang walaupun dah besar tapi masih bermanja, masih minta disuap, minta dipicit bila sakit. Mama kagum kalian tidak merengek bila keluarga kita diuji. Mama terhibur dengan kalian yang sering buat lawak. Mama tak akan menukar apa-apa pun dalam dunia ni dengan kalian. Bila mama pandang teman2 mama yang punya BMW/Mercedes atau gelaran datin memang mama cemburu tapi bila mama pandang kalian semula mama sedar yang kalian adalah anugerah yang lebih berharga. Percayalah.. mama dapat harungi hidup ini antara sebabnya adalah kalian. Mama sayang anak-anak mama. Setiap kali rindukan mama,kalau kalian tak upaya mencium mama jadikanlah warkah ini sebagai penghilang rindu.. Jadikanlah cerita suka duka keluarga kita sebagai kenangan terindah sebab kita bersama telah berjaya dan mampu tersenyum..teruslah tersenyum.

Wassalam..

Mama.

Sabtu, 23 April 2016

MASA DULU .... MASA SEKARANG

     
 
              ****************************
Masa dulu risaukan jerawat
Masa sekarang risaukan kedut
Masa dulu tenaga kuat
Masa sekarang semua kecut.

Masa dulu jaga adik
Masa sekarang jaga anak
Masa dulu rambut cantik
Masa sekarang dah gugur bnyk.

Masa dulu suara kuat
Masa sekarang suara perlahan
Masa dulu tak yah ubat
Masa sekarang ubat jadi kawan.

Masa dulu jauh pun nampak
Masa sekarang dekat pun kabur
Masa dulu garang asyik nak menyepak
Masa skrg jalan pun berterabur

Masa dulu seksi
Masa sekarang seksa
Masa dulu gigi tsusun rapi
Masa sekarang gigi geraham je ada.

Masa dulu jalan pegang2
Masa sekarang jalan rengang2
Masa dulu blh angkat semua barang
Masa sekarang kena minum susu kuatkn tulang.

Masa dulu gigi ori
Masa sekarang gigi palsu
Masa dulu memang seksi
Masa sekarang tgk sendiri pun tak bernafsu.

Masa dulu pakai fesyen mcm2
Masa sekarang baju kelawar jadi pilihan
Masa dulu mmg mengancam
Masa sekarang orang kata ketinggalan zaman.

Masa dulu tulis surat
Masa sekarang tulis e mail
Masa dulu org puji cantik hebat
Masa sekarang puji sendiri perasan comel.

Masa dulu dipanggil sayang
Masa sekarang sayang dah hilang
Masa dulu jln punya la lenggang
Masa sekarang jalan jauh tinggal diblkng.

Masa dulu diajak tidur sama2
Masa sekarang disuruhnya tidur dulu
Masa dulu bangga pakai baju warna sama
Masa sekarang dikata malu kalau mcm tu.



Jumaat, 22 April 2016

MAKANAN SEGERA..BOLEH KE TAK BOLEH

     Makanan segera ada mcm2 kat sekeliling kita. Xnk la Cik Mas sebut sebab semua orang tau. Dari dulu kita dah didedahkan ianya adalah makanan kosong tp ramai antara kita masih menggemarinya. Kdg2 mengumpan ank2 dgn mkanan kosong supaya brkelakuan baik. Knapa? Adakah kita x pcaya? Atau itu simbol kebanggaan?
     Pendapat Cik Mas, ianya memang mkanan kosong. Memandangkan hakikat inilah syarikat2 makanan trsebut mmbelnjakan brjuta ringgit utk iklan. Dari pembacaan Cik Mas memangla mkanan trsebut mknan sebenar tetapi sedikit khasiat pemakanan. Jika d mkn sekali sekala mgkin mudarat tu kurang.Makna burger bg industri makanan segera x sama mcm kita bayangkan. Yg dimaksudkan daging burger itu adalah bknlah semua daging asli, daging itu trmasuk kulit,rawan,lidah,usus,tulang dan organ2 lain yg d kisar. Campuran ni dikisar mggunakan pemekat. Cik Mas nk bgtau ni burger juga dicampur bahan bkn daging seperti biskut garing, tpung kacang soya dan pemekat menjadikannya klihatan menarik dgn pewarna tiruan, perisa kimia,MSG dan garam. Sebiji burger mngandungi sekurang2nya 35% lemak! Memang la dalam burger ada zat lain seperti zat besi utk badan tp Cik Mas nk bgtau semua utk kita mencukupkan zat besi dlm badan sehari kita kna mkn 4 biji burger. Sama jugala dgn kentang goreng..memang ada vitamin C tp utk mndapatkan vitamin C yg secukupnya agak2 berapa paket kentang goreng? Bkn 3 tapi 15!!
Kentang goreng dikatakan lebih baik khasiat dari ban yang dibuat dari tepung putih halus tetapi masalahnya kentang direndam dulu dlm lemak tepu yg boleh mgakibatkn pnyakit jantung. Ia biasanya disediakan separuh masak di dalam lemak dan dimasak sekali lagi sebelum dihidang. Satu paket mngandungi 11-16 g lemak. Ha sbb tulah kita masak kat rmh tak jadi mcm kat ***.
Keju yg dihias atas mkanan ringan mnjadikan lebih lemak. Cik Mas nk bgtau ni sbnrnya bknlah keju sebenar/asli tapi cebisan keju brcampur garam, gula, pemekat, asid laktik, pewarna dan penambah lain.
Tapi Cik Mas pun ada juga buat lawatan sambil makan2 direstoran makanan segera cuma kena kurang2 kan. Harap kawan2 pun mcm tu. Ingatlah utk dapatkan zat secukupnya dari makanan segera kita kena mkn bnyk2 tp gemukla pulak kan. Tp kalau knyang yg kita cari memang la kenyang. 
Itu saje buat kali ini...

(sumber rujukan: Panduan CAP mengenai bahaya tersembunyi dalam makanan dan Dr Bahyah)

Rabu, 20 April 2016

MAJLIS AQIQAH DAYYAN AWALI

    Dua minggu lepas bertempat di Grand Patio Ballroom Concorde,Shah Alam Cik Mas sekeluarga menghadiri majlis aqiqah Dayyan. Tema kuning! Selongkar la almari cari warna kuning. Dlm ballroom mcm ada ramai king n queen semua pakai kuning. Meriah gileer cik non oii.
Ha jngn trkejut tngok gmbar ni..kang ada pulak tanya bila Cik Mas ngandung tetiba dpt baby..tulah Dayyan. Mcm 1 family je. Gmbar tu harap fokus kat Cik Mas ye..jgn kat Dayyan. Eish..ni kalau Encik Suami tgk gmbar ni buat dia tringin ank kecik..tak taula nk jwb apa..tp nasib baik baby dah xnk adik.
Cik Mas pantang org nk bergambar..on je. Dik Non kenapa kepala akak ko ni senget?

   Dgn marhaban,kompang,live band,cukur jambul,game,lucky draw,flashmob semua ada termasukla menari..peghh. Makanan memng tip top. Family Cik Mas sapu sampai 3 hadiah lucky draw. Memang lucky. Ramai yang tertanya2 bab tu. Asal lucky draw je family ni ambik hadiah.
Opps Cik Mas dengan Rosnah Mat Aris..orgnye memang kelakar. Ada kat party tu so Cik Mas pun cakap..jom bergambar Kak Ros..

Ha ni baju merah lak! Farhan AF ni antara penyanyi yg memeriahkan majlis. Dia duduk di belakang meja Cik Mas..x sombong baik org dia. Rugi pulak tak afundi dia dulu. 
Adoii nape pasang lagu semala kama..dah Cik Mas nari..slim badan mcm ni.

Ni akak n baby yg buat2 senyum sbb xberapa sihat aritu..tp mcm biasa akak mkn bnyk jugaNi pasangan kuning..hihihi. Cik Mas buat iklan gigi tu..tu yg Encik Suami masam..
Anyway memang best giler..happy yellow..hidup kuning


ALKISAH LABU (PUMPKIN)

     Labu yg dimasak lemak adalah antara sayur yg akan menaikkan selera makan Encik Suami. Sayur labu goreng pun antara menu kegemaran anak2. Utk Cik Mas pula bknla sampai tahap suka sangat sayur labu ni tapi blhla layan.
     Teringat zaman budak2 dulu pokok labu hidup tepi rumah Cik Mas je. Pokok menjalar menutup tanah dan memanjat ke pokok lain. Selak je daun nmpak buah2 labu yg besar. Tu dulu..skrg nak labu xyah selak daun..selak je beg duit..beli kat kedai. Tu gmbarnya kalau ada yg x knal labu..hihihi. Rupanya labu ni ada disebut dalam Al Quran. Ketika Nabi Yunus (a.s) ditelan oleh paus dan Allah(swt) memerintahkan ikan paus memuntahkan Nabi Yunus keluar, Allah menyelamatkan dgn menumbuhkan pohon labu."Dan kami tumbuhkan utk dia (Yunus a.s) sebatang pohon jenis labu"(as shaffat ayat:146)
     Sebuah hadis dari riwayat Muslim ada menceritakan perihal sukanya nabi Muhammad (s.a.w)pada labu.Dari riwayat Muslim, seorang penjahit mengundang Rasullullah ke jamuan makan. Kata Anas, aku berangkat bersama Rasullullah ke jamuan tersebut. Tuan rumah menghidangkan roti serta kuah berisi labu dan dendeng. Aku melihat Rasullullah mencari labu dari mangkuk itu.
     Ada juga kisah yg ketika Aisyah sedang memasak sayur Rasullullah menyuruh Aisyah membanyakkan labu dlm masakan. Kata Rasullullah,"sesungguhnya labu mengubati kesedihan".
Itulah kisah labu yg Cik Mas nak kongsi bersama pengunjung blog Cik Mas.
     Cuma Cik Mas tertanya-tanya kenapa pula labu tidak diuar-uarkan sebagai makanan sunnah seperti madu, kurma dan habbatus sauda oleh pengusaha produk muslim? 

Selasa, 19 April 2016

TEMPAT MENARIK DI PENANG (PART 1)

    Assalamualaikum semua..terimakasih sudi singgah di blog Cik Mas ni. Untuk entri kali ni Cik Mas nak cerita tempat menarik di Penang. Sebenarnya bnyk sangat yg menarik di Penang tp Cik Mas cuma sempat pergi beberapa tempat je. Sebabnya kita org duduk kat 1 tempat tu berjam2,lpas tu ada masa tu lepak je kat hotel. Tiba2 dah habis 3hari 2mlm..
     Tempat pertama Cik Mas singgah dlm percutian kali ni ialah Lorong Kulit, Penang. Istimewa tempat ni ialah semua barangan yg lama/antik ada kat sini.Kat sini suasana Penang tu dah terasa sbb dah dengar loghat utara. Bila tgk barang jualan tu kita pelik ada ke orang nk beli barang ni..barang lama,berkarat,pelik,yg dah rosak pun ada dijual. Tempat ni ala2 pasar karat camtu. Penjual2 dia pun org tua2. Bila pergi tempat mcm ni barulah rasa membazir bnyk buang barang padahal bnda tu blh d jual. Org jual memang ramaila..walau Cik Mas sampai masa tu dlm pukul 10 pagi tp musim panas so muka anak yg sorang tu masamla.
Luar pagar kawasan meniaga tu..kita org berenti minum cendoi. Cendoi utara..kena pulak cuaca panas ni..memang terbaik. Tp memang sedap Cik Mas n anak2 laju je mghabiskan. Kalau korang nak cari cendol ni senang je-kat luar pagar n abg ni niaga guna van Alza. Encik Suami pula entah dari mana tiba2 muncul dgn teh o ais limau bungkus n semangkok mihun kari. Kita org pekena(ckp org utara) bawah pokok kat cendol tu je. Kalau cendol tu sedap mihun kari tu mmg meletup.
     Bila mihun tu habis n semua rasa nak lagi so kita org pun pergi ke kedai akak tu.
Sblm pergi, bungkus cendol lg utk minum dgn mihun kari. Rupanya kedai mihun kari tu dlm medan selera dekat2 situ je. Yg bertudung  tu Cik Mas tngh minta resipi n order utk makan. Resipinya jgn tnya dah lupa lepas knyang.
     Bila habis mkn abg cendol tadi suruh g rumah P Ramlee. Ah memang plan kita org pun lps ni..tp yg bestnya abg cendol ckp jalan je dkt xyah start kete. Dia suruh sampaikan salam kat P Ramlee. So lpas beberapa langkah sampaila kami..jeng jeng


Ni bilik tidur beliau.

 Dan ni pula dapur rumah beliau.
Mengikut nota di rumah ini basikal ini adalah kepunyaan P Ramlee..dan yang paling istimewanya beliau sengaja memotong sebelah brek utk mengeluarkan irama yg sama dgn lagu yg dinyanyikan sewaktu menunggang dikawasan kampung.
Yang ni pulak ic P Ramlee. Disebabkan cuaca yang amat panas kami membatalkan semua rancangan dan pulang ke hotel.
Hotel di Batu Feringghi dan dengan ini Cik Mas boleh mengesahkan bahawa Batu Feringghi juga adalah tempat yg menarik di Penang. Pemandangannya memang menarik. Banyak pantai yg cantik2 dgn hotel yg comel2 designnya. Hotel Cik Mas berdekatan dgn Hotel Hard Rock, Park Royal dan mcm2 hotel lg.
Macam yg Cik Mas cerita dlm post Holiday Inn, satu tempat tarikan pelancungan dikawasan ni adalah pasar mlm yg ala2 uptown. Kat sini tiap mlm adalah pasar malam. Tp uptown sini Cik Mas kurenggg sikit sbb peniaga bnyk bangla lepas tu harga tak masuk akal langsung. Kalau sape2 nk pergi sini kna pandai tawar menawar ye.
Esoknya Cik Mas sekeluarga ke 3d Art Trick Museum.
🎶🎵🎵basikal tua🎵💖

wow...

Lautan api kita seberangi
Hebatnya Akak lawan dinosour

Padan muka hantu ni..mcm la kita org takut..meh aku rebonding rambut tu.

Kluar je dari sini si kakak dah sound babah dia..ni ari kedua tp xmkn nasi kandar lg..Apa lg misi nasi kandar pulakkkNi dia tempat mkn famous 1 malaya dikatakan sedap sesangat..kes sampai naik mahkamah. La kedainya celah2 kedai org je. Signboard pun kecik


Tapi tengok org..peh dari mula Cik Mas mkn sampai balik..org x putus2. Cik Mas rasa boleh tahanla tp anak2 n suami mkn mcm tu lah mknan trakhir

Tu kari kepala ikan..ayam goreng..sayur n papadom. Lelah kita org nk ngabis. Kalau lauk bnyk ni elok utk 6 orang.

 sambung part 2 ye..dah letih nk menaip..bye2.

Ahad, 17 April 2016

ALHAMDULILLAH SUBHANALLAH - ZAKIR NAIK

     Perasaan kagum, hairan & terharu bercampur baur dlm diri Cik Mas. Kunjungan Dr Zakir ke Malaysia pada April 2016 ke Malaysia setakat hari ini kalau x silap Cik Mas sudah 5 orang. Tu semua yg mengucap sewaktu beliau berceramah. Menuturkan asyhadu ala illahhaillalah waasyhadu anna muhammaddur rasullullah. Syukur.
   
Mereka mendapat hidayah bila mendapat ceramah Dr Zakir. Siapa Dr Zakir?
Beliau dilahirkan pada 18 oct 1965 di Mumbai, India. Beliau mempunyai sarjana Perubatan dan Bedah. 1991 adalah tahun beliau berhenti kerja dan menjadi penceramah. Beliau berceramah diseluruh pelusok dunia dgn pelbagai tajuk dan mengislamkan orang dari pelbagai latar belakang dan sosio budaya. Subhanallah..
Kedatangan beliau ke Malaysia kali ini atas undangan Kerajaan Negeri Trengganu tetapi beliau mendapat tentangan dan halangan utk berceramah di beberapa tempat lain. Mcm2 alasan yg d beri tapi Dr Zakir Naik membuktikan kedatangan beliau ke Malaysia bkn sia2. Cik Mas pun heran kenapa la penyanyi luar negara dtg melalak kat Malaysia xada pun yg merungut tp Dr Zakir nk buat ceramah org x bagi. Mungkin ini dugaan Allah pada dia. Mari kita sama2 doakan yg terbaik untuk Dr Zakir Naik..semuga Allah melindungi beliau.

REVIEW @ PENDAPAT- HOTEL HOLIDAY INN PENANG

     Assalamualaikum semua..Entri Cik Mas ari ni adalah review atau pandangan peribadi Cik Mas terhadap Hotel Holiday Inn Penang.
     Cik Mas tinggal 3hari 2malam di sini. Jadi Cik Mas rasa Cik Mas dpt memberi pandangan yang wajar sbb setiap pelusuk hotel Cik Mas jelajah. Hotel ni di kategori antara 4-5 bintang oleh beberapa Persatuan Hotel dan Travel Agency. Ia mempunyai 2 block..1 main tower dan 1 lg sea tower. Dua2 ni d hubung oleh jejantas yg mlintasi jalanraya.



Ni jejantasnye adalah dlm 3minit klau kita nk ke blok sebelah. Org luar xblh guna sbb kena scan kad bilik kat pintu jejantas utk kluar masuk. Bilik tidur memang besar. Cik Mas ambil bilik yg ada 2 queen bed. Lpas tu dlm bilik muat lg diorang letak sofa2 utk lepak.

Susun atur bilik memang cantik. Kena pulak Encik Suami minta bilik seaview..tarik je langsir nmpak trus laut..cantiknye. Dalam bilik air ada bath tub. Kalau dah ada bnda alah tu memang besarla bilik airnye. Kat dlm bilik 1 yg Cik Mas perasan kat hotel yg prnah Cik Mas singgah bantal dia x mcm ni..kat sini first time tngok.
Bantal dia siap ada tulis yg lembut n keras..Jadi kita blh pilih yg mana kita selesa. Kemudahan lain kat sini ialah gym, bilik mainan sukan,mainan kanak2,restoran dan mcm2 lg..bnyk sngt.

Nmpak tu Baby n babah dia main ping pong. Kakak suka main snooker tp 1/2 jam main 1 je bola masuk tu pun putih. Haahaha. Cik Mas nk cite yg spesial je pasal hotel ni..
Pondok berkatil ni ltaknya di tepi pool n depan pantai. Blh sewa trutama pada yg tngh honeymoon. Tp mcm pelikla duduk atas katil depan pantai..tp ada yg suka cabaran dan kelainanNi utk ibu bapa yg nak berdua2 tp ada anak kecil hotel menyediakan org yg terlatih utk jaga anak dgn kadar rm10 satu jam. Lagi satu yg ni Encik Suami kata dia respect kat hotel ni...x mcm hotel lain bila keluar bilik n kluarkan kunci aircond akn off fridge dah off. Tp hotel ni dia x cut off letrik. Semua peralatan elektrik akan off bila kita sendiri off.
Kakak pula dia kagum dgn hotel ni sbb liputan wifi memang kuat. Sampai ke pantai ok lg!
Satu lg hotel ni dpn dia kalau melangkah kluar je mlm2 adalah pasar malam ala2 uptown. Tp kat sini kna pandai tawar menawar..sbb ramai pelancung. Pak Arab pun ramai dah mcm kat Bukit Bintang KL.
Apa yg Cik Mas suka? Kalau berjalan mana2 pun suka. Tambah2 tmpt tu ada jual tudung,kasut,baju dan hand bag. La semua perempuan mcm tu kan. Betul x Suhaini? Mu tu pun mace Cik  Mas jugok.



Sabtu, 16 April 2016

HAI HAI CIK MAS DI SINI

     Ada yg email tanya siapa Cik Mas ni..eish ada pulak yg dah jatuh hati..bkn kat Cik Mas..tp sbb Puisi Buat Teman..mmm.
     Utk yg xkenal Cik Mas ni nak bgtau Cik Mas ni isteri orang, mama pada 2 puteri. Cik Mas menetap di Selangor. Seorang yang simple kot tp suka bnda yg cantik2. Utk kawan2 yg melayari blog Cik Mas, Cik Mas alu2kan comment sbgai perkongsian Cik Mas n yang lain.

Jumaat, 15 April 2016

DINNER TEMA ROCK - ROCK NITE THEME

             Assalamualaikum semua. Jutaan terimakasih kerana sudi singgah dan membaca blog Cik Mas yang tak seberapa. Ringan-ringankan untuk komen ye.

            Mlm ni lepas makan tadi Cik Mas ternampak cicak kat syiling. Mula-mula senyap pastu dia merangkak pastu senyap. Apala cicak tu jalanla terus. Cik Mas halau dia 'shoooh' biar dia lari laju. Mesti cicak tu confuse dia mesti cakap 'eh aku ni ayam ke cicak'. Biar dia confuse kat atas tu.
         
           Stop! Bkn nak cite pasal cicak tapi Cik Mas nak cite pasal dinner yang Cik Mas pernah pergi yang kira antara yg best. Ni kira Cik Mas throwback jugak le. Ye la blog baru..
         Bila Cik Mas dapat tau tema dinner tu tema ROCK..Cik Mas happy gila. Cik Mas ni walau nampak sopan santun cewahh, adab tertib dan ayu2 gitu (ee bestnya puji diri sendiri) tapi Cik Mas berjiwa rock. Rock kental beb. Setakat Ella, Lefthanded, Search, Wings semua tu makanan Cik Mas je. Cik Mas ni lebih dari rock kapak lagi. Setakat Minyak Angin Cap Kapak tu Cik Mas kira level atas lagi la.


Kalau ada Kilauan Emas Rock memang Cik Mas jadi juaralah. Nasib baiklah Kilauan Emas lagu campur-campur genre jadi bagi lah diorang peluang. Teringin nak masuk AF tapi anak-anak terus cakap..'xyahla mama'. Jeles la tu diorang.

Yang ni gambar kami empat beranak pada    mlm tu. Anak-anak memang tak boleh lawan mama dia..kih kih kih.

Zaman budak-budak dulu Cik Mas siap pakai seluar ketat, rambut kerinting, baju mesti ada gambar gitar atau gambar band rock. Kalau ada concert kat kampung memang muka Cik Mas mesti ada. Eish Cik Mas tak campur dengan budak-budak jiwang kelat. Ha dulu sape nak ngorat Cik Mas dia mesti ada style rock..jiwa rock. Kalau tak.. sorry...naik lori.
Berbalik pada dinner malam tu kira memang happening gak le..semua sporting buat head banging angguk kepala. Yelah tema rock. Menari pun dah fast beat je.
Ni dua orang anak kesayangan Cik Mas dengan pakaian tema rock. Baby tu ckp baju dia paling Rock tapi kita orang rasa macam dikir barat Karoot Komedia. Bila dia tanya Rock tak? Kita org pun cakap "..ROCK..nyer"


Yang ni diorang berdua naik stage kena buat persembahan ke apa..tak ingat dah..eh kenapa anak aku kat atas stage tu. Wei korang kenapa tak ajak Mama sekali..mama lagi rock tau. Korang lagu 'tiada lagi kidungmu' pun tak tau.
Ni gambar kenangan Cik Mas dengan Dato Ben dan Datin Sharifah..Baik diorang ni. Diorang ni kalau boleh nak duduk semeja dengan kita orang aje kat mana-mana event.
Malam Rock ni kakak dapat Best Dress..Hadiah mkn kat restoran Jepun..entah mana dah voucher tu..Tak sia-sia cari baju rock.



PUISI BUAT TEMAN-TEMAN

Temanku semua
Maafkan aku kerana hadir dlm skrip cerita hidupmu
Tanpa kau undang
Tidak pula aku rancang
Aku di situ,di tengah cerita hidupmu.
Teman-teman semua
Sudah lama kita bersama
Bercerita bergurau senda
Masalah dikongsi
Kenangan moga diingati.

Buat teman yg di sayangi
Sering ku ingati diri sendiri
Rendahkan suara bila berbicara
Jgn ego bila bercerita
Takut-takut ada yang terluka.
Tapi terkadang aku alpa
Lupa dan tersalah juga
Kemaafan ku pinta
Kerana salah ku memang tak sengaja.

Paling ku elakkan
Buat salah & kecilkan hati kalian
Kerana pada ku
Kalian bukan sekadar teman
Tapi saudaraku hingga dihujung pernafasan.

Usah aku disingkirkan
Kerana hanya kadang kala aku seperti keanakan
Usah juga aku dicemburui
Kerana kalian jauh lebih istimewa dari diriku ini..

SEDIKIT TIPS PILIH KASUT

     Knock!knock! Assalamualaikum semua. Harap sihat & mndapat keberkatan Allah.
     Entri kali ni Cik Mas nk bg tips pilih kasut. Kasut ni antara bnda yg Cik Mas suka beli. Dah nama pun pompuan kan. Tapi slalunya Cik Mas beli yg cantik. Lps tu pakai x selesa..arrgh tension! Lps tu kasut tu sorok bwh seat kereta supaya Encik Suami x bebel. Pandai x? Cik Mas percaya ramai org buat mcm ni kan.
     Ha lagi satu tabiat kita pompuan ni beli kasut nk yg sedondon dgn hand bag x pun baju. Tu je la tip kita hihihi..Lpas ni ubah sikit ye ikut cara Cik Mas ni
Sblm beli mesti tau utk apa kegunaan kasut tu. Kalau nk g program formal sebaiknya guna jenis pump shoes. Ianya kasut bertumit dan bertutup di depan n blkng. Senang ckp mcm g office tu yg bunyi ketak ketuk bila bjalan. Jangan cari yg bunyi kuat sangat sampai ganggu org n tarik perhatian lelaki. Tu dilarang agama Cik Non.
             Utk kasut yg selesa pastikan tapak n tumit dia bergetah. Tu best pakai kalau Cik Masla. Utk kasut thick heel atau tapak tebal ianya baik utk org yg mmpunyai berat badan yg lebih. Ia blh mengelak dari sakit belakang n mmberi keseimbangan pd bdn.

Ha ada antara kita yg mmbeli kasut flat atau rata. Tip utk kasut ni pulak pastikan dihujung kasut ada trnaik sikit(arch) sbb ia akan memainkan peranan utk membina semula tapak kaki mnjadi lbih kuat.
Sebenarnya kasut amat penting dlm penggayaan sbb kalau kita pakai kasut yg x kena dengan baju walau semahal mana pun baju tu kasut blh merosakkan gaya kita. Bagi Cik Mas kasut x perlu mahal sbb ada bnyk kat pasaran yg selesa dan cantik. Satu lg tip pnting bila pergi kedai kasut n dah test banyak pasang kasut sampai salesgirl tu dah masam muka..time bayar jgn lak ckp..ALAMAK LUPA BAWAK DUIT.  Jadi sebelum beli pastikan bawak duit..hihihi.Semoga tips Cik Mas blh dijadikan panduan...