Jumaat, 15 April 2016

DINNER TEMA ROCK - ROCK NITE THEME

             Assalamualaikum semua. Jutaan terimakasih kerana sudi singgah dan membaca blog Cik Mas yang tak seberapa. Ringan-ringankan untuk komen ye.

            Mlm ni lepas makan tadi Cik Mas ternampak cicak kat syiling. Mula-mula senyap pastu dia merangkak pastu senyap. Apala cicak tu jalanla terus. Cik Mas halau dia 'shoooh' biar dia lari laju. Mesti cicak tu confuse dia mesti cakap 'eh aku ni ayam ke cicak'. Biar dia confuse kat atas tu.
         
           Stop! Bkn nak cite pasal cicak tapi Cik Mas nak cite pasal dinner yang Cik Mas pernah pergi yang kira antara yg best. Ni kira Cik Mas throwback jugak le. Ye la blog baru..
         Bila Cik Mas dapat tau tema dinner tu tema ROCK..Cik Mas happy gila. Cik Mas ni walau nampak sopan santun cewahh, adab tertib dan ayu2 gitu (ee bestnya puji diri sendiri) tapi Cik Mas berjiwa rock. Rock kental beb. Setakat Ella, Lefthanded, Search, Wings semua tu makanan Cik Mas je. Cik Mas ni lebih dari rock kapak lagi. Setakat Minyak Angin Cap Kapak tu Cik Mas kira level atas lagi la.


Kalau ada Kilauan Emas Rock memang Cik Mas jadi juaralah. Nasib baiklah Kilauan Emas lagu campur-campur genre jadi bagi lah diorang peluang. Teringin nak masuk AF tapi anak-anak terus cakap..'xyahla mama'. Jeles la tu diorang.

Yang ni gambar kami empat beranak pada    mlm tu. Anak-anak memang tak boleh lawan mama dia..kih kih kih.

Zaman budak-budak dulu Cik Mas siap pakai seluar ketat, rambut kerinting, baju mesti ada gambar gitar atau gambar band rock. Kalau ada concert kat kampung memang muka Cik Mas mesti ada. Eish Cik Mas tak campur dengan budak-budak jiwang kelat. Ha dulu sape nak ngorat Cik Mas dia mesti ada style rock..jiwa rock. Kalau tak.. sorry...naik lori.
Berbalik pada dinner malam tu kira memang happening gak le..semua sporting buat head banging angguk kepala. Yelah tema rock. Menari pun dah fast beat je.
Ni dua orang anak kesayangan Cik Mas dengan pakaian tema rock. Baby tu ckp baju dia paling Rock tapi kita orang rasa macam dikir barat Karoot Komedia. Bila dia tanya Rock tak? Kita org pun cakap "..ROCK..nyer"


Yang ni diorang berdua naik stage kena buat persembahan ke apa..tak ingat dah..eh kenapa anak aku kat atas stage tu. Wei korang kenapa tak ajak Mama sekali..mama lagi rock tau. Korang lagu 'tiada lagi kidungmu' pun tak tau.
Ni gambar kenangan Cik Mas dengan Dato Ben dan Datin Sharifah..Baik diorang ni. Diorang ni kalau boleh nak duduk semeja dengan kita orang aje kat mana-mana event.
Malam Rock ni kakak dapat Best Dress..Hadiah mkn kat restoran Jepun..entah mana dah voucher tu..Tak sia-sia cari baju rock.



2 ulasan: