Jumaat, 15 April 2016

PUISI BUAT TEMAN-TEMAN

Temanku semua
Maafkan aku kerana hadir dlm skrip cerita hidupmu
Tanpa kau undang
Tidak pula aku rancang
Aku di situ,di tengah cerita hidupmu.
Teman-teman semua
Sudah lama kita bersama
Bercerita bergurau senda
Masalah dikongsi
Kenangan moga diingati.

Buat teman yg di sayangi
Sering ku ingati diri sendiri
Rendahkan suara bila berbicara
Jgn ego bila bercerita
Takut-takut ada yang terluka.
Tapi terkadang aku alpa
Lupa dan tersalah juga
Kemaafan ku pinta
Kerana salah ku memang tak sengaja.

Paling ku elakkan
Buat salah & kecilkan hati kalian
Kerana pada ku
Kalian bukan sekadar teman
Tapi saudaraku hingga dihujung pernafasan.

Usah aku disingkirkan
Kerana hanya kadang kala aku seperti keanakan
Usah juga aku dicemburui
Kerana kalian jauh lebih istimewa dari diriku ini..

1 ulasan: