Selasa, 19 April 2016

TEMPAT MENARIK DI PENANG (PART 1)

    Assalamualaikum semua..terimakasih sudi singgah di blog Cik Mas ni. Untuk entri kali ni Cik Mas nak cerita tempat menarik di Penang. Sebenarnya bnyk sangat yg menarik di Penang tp Cik Mas cuma sempat pergi beberapa tempat je. Sebabnya kita org duduk kat 1 tempat tu berjam2,lpas tu ada masa tu lepak je kat hotel. Tiba2 dah habis 3hari 2mlm..
     Tempat pertama Cik Mas singgah dlm percutian kali ni ialah Lorong Kulit, Penang. Istimewa tempat ni ialah semua barangan yg lama/antik ada kat sini.Kat sini suasana Penang tu dah terasa sbb dah dengar loghat utara. Bila tgk barang jualan tu kita pelik ada ke orang nk beli barang ni..barang lama,berkarat,pelik,yg dah rosak pun ada dijual. Tempat ni ala2 pasar karat camtu. Penjual2 dia pun org tua2. Bila pergi tempat mcm ni barulah rasa membazir bnyk buang barang padahal bnda tu blh d jual. Org jual memang ramaila..walau Cik Mas sampai masa tu dlm pukul 10 pagi tp musim panas so muka anak yg sorang tu masamla.
Luar pagar kawasan meniaga tu..kita org berenti minum cendoi. Cendoi utara..kena pulak cuaca panas ni..memang terbaik. Tp memang sedap Cik Mas n anak2 laju je mghabiskan. Kalau korang nak cari cendol ni senang je-kat luar pagar n abg ni niaga guna van Alza. Encik Suami pula entah dari mana tiba2 muncul dgn teh o ais limau bungkus n semangkok mihun kari. Kita org pekena(ckp org utara) bawah pokok kat cendol tu je. Kalau cendol tu sedap mihun kari tu mmg meletup.
     Bila mihun tu habis n semua rasa nak lagi so kita org pun pergi ke kedai akak tu.
Sblm pergi, bungkus cendol lg utk minum dgn mihun kari. Rupanya kedai mihun kari tu dlm medan selera dekat2 situ je. Yg bertudung  tu Cik Mas tngh minta resipi n order utk makan. Resipinya jgn tnya dah lupa lepas knyang.
     Bila habis mkn abg cendol tadi suruh g rumah P Ramlee. Ah memang plan kita org pun lps ni..tp yg bestnya abg cendol ckp jalan je dkt xyah start kete. Dia suruh sampaikan salam kat P Ramlee. So lpas beberapa langkah sampaila kami..jeng jeng


Ni bilik tidur beliau.

 Dan ni pula dapur rumah beliau.
Mengikut nota di rumah ini basikal ini adalah kepunyaan P Ramlee..dan yang paling istimewanya beliau sengaja memotong sebelah brek utk mengeluarkan irama yg sama dgn lagu yg dinyanyikan sewaktu menunggang dikawasan kampung.
Yang ni pulak ic P Ramlee. Disebabkan cuaca yang amat panas kami membatalkan semua rancangan dan pulang ke hotel.
Hotel di Batu Feringghi dan dengan ini Cik Mas boleh mengesahkan bahawa Batu Feringghi juga adalah tempat yg menarik di Penang. Pemandangannya memang menarik. Banyak pantai yg cantik2 dgn hotel yg comel2 designnya. Hotel Cik Mas berdekatan dgn Hotel Hard Rock, Park Royal dan mcm2 hotel lg.
Macam yg Cik Mas cerita dlm post Holiday Inn, satu tempat tarikan pelancungan dikawasan ni adalah pasar mlm yg ala2 uptown. Kat sini tiap mlm adalah pasar malam. Tp uptown sini Cik Mas kurenggg sikit sbb peniaga bnyk bangla lepas tu harga tak masuk akal langsung. Kalau sape2 nk pergi sini kna pandai tawar menawar ye.
Esoknya Cik Mas sekeluarga ke 3d Art Trick Museum.
🎶🎵🎵basikal tua🎵💖

wow...

Lautan api kita seberangi
Hebatnya Akak lawan dinosour

Padan muka hantu ni..mcm la kita org takut..meh aku rebonding rambut tu.

Kluar je dari sini si kakak dah sound babah dia..ni ari kedua tp xmkn nasi kandar lg..Apa lg misi nasi kandar pulakkkNi dia tempat mkn famous 1 malaya dikatakan sedap sesangat..kes sampai naik mahkamah. La kedainya celah2 kedai org je. Signboard pun kecik


Tapi tengok org..peh dari mula Cik Mas mkn sampai balik..org x putus2. Cik Mas rasa boleh tahanla tp anak2 n suami mkn mcm tu lah mknan trakhir

Tu kari kepala ikan..ayam goreng..sayur n papadom. Lelah kita org nk ngabis. Kalau lauk bnyk ni elok utk 6 orang.

 sambung part 2 ye..dah letih nk menaip..bye2.

2 ulasan: