Khamis, 28 April 2016

WARKAH BUAT ANAK-ANAK

Assalamualaikum anak-anak....
   
     Terlebih dahulu mama mohon maaf kerana mama mungkin tak sesempurna mama orang lain. Mama mohon maaf dalam mendidik kalian, kalian dipengaruhi oleh mama yang kecetekan ilmu dalam hal2 tertentu. Mama juga mohon maaf dalam gurauan kita terkadang perkataan mama menghiris perasaan anak2. Mama amat sedar semua tu walau kalian menelan bulat2 ketidak sempurnaan dan kesalahan mama. Walau sebagai ibu, mama tau bukan semuanya mama yang betul, bukanlah juga lesen utk mama melukakan hati kalian. Tapi percayalah kalian lah yang mama ada dalam dunia ini. Kalianlah penawar dan pengubat hati mama.  Kalianlah segalanya.

     Mama juga kesal dan terkilan terkadang kala mama tak dapat merealisasikan impian kalian hanya disebabkan mama tak punya lebihan wang. Dikala kawan2 kalian sudah punya yang baru kalian masih mengguna yang lama. Dikala teman2 kalian sudah menghirup suasananya kalian hanya menonton melalui iklan. Tak perlu mama ungkit mengandungkan kalian 9 bulan tapi mama lebih bangga bercampur sedih sebab kalian dapat menerima kekurangan dalam kehidupan yang mama berikan ini. Kalian tunduk membisu bila mama kata kita tak mampu macam mereka. Mama faham hati kalian melonjak untuk merasai pengalaman manis teman2 kalian. Mama tak salahkan kalian sebab kalau mama ditempat kalian, mama pun begitu. Percayalah setiap perkara yang mama gagal adakan utk kemudahan dan kesenangan kalian, yang mama gagal hadirkan seperti mama orang lain, sesungguhnya mama amat terkilan. Sungguhpun perkara tu dah lama, sungguhpun kalian kata 'tak apa mama'. Sebab tu mama tak pernah bangga dengan air susu mama yang membesarkan kalian sebab mama sering merasa banyak perkara yang mama tak dapat beri pada anak-anak mama. Selalu mama menahan airmata supaya kalian tidak melihat airmata  terkilan mama dan tak sedar kesusahan mama.

     Perlu juga mama mohon maaf di sini kerana terlalu banyak membebel pada kalian. Ketahuilah semua tu atas rasa sayang mama yang tak mau perkara buruk berlaku dalam hidup anak-anak mama tersayang. Mama pasti ada bebelan mama yang lama melampau, ada bebelan mama yang membuatkan kalian tidak menghabiskan nasi dipinggan, ada bebelan mama yang korang rasa macam dengar lagu merdeka pada bulan Februari. Ahh yang parah ada bebelan mama tu tak patut dibebel pun yang kalian tak salah pun. Tapi kalian mendiamkan diri kerana menghormati mama. Sebab tu mama tak pernah rasa bangga bangun malam menukar lampin kalian tapi mama lebih terharu sikap kalian yang diam walau tak bersalah. Mcm mama cakap mama tak sempurna..maafkan mama. Islam agama kita memang adil..mana mungkin anak sahaja ada salah pada mama. Untuk salah kalian, usah risau. Hari-hari mama maafkan. Hari-hari mama mendoakan yang terbaik untuk kalian.

     Didikan agama pun mama tak pernah abaikan. Mama nak ingatkan lagi, kemana pun korang pergi jangan abaikan solat 5 waktu. Solat tu tiang agama kita. Walau mengantuk macam mana pun bangunlah subuh. Sekarang mama boleh kejutkan..tapi bila mama dah tak mampu nanti korang kena bangun sendiri. Jangan tinggalkan zohor dan asar kerana kesibukan kerja. Jangan dibiarkan maghrib dan isyak terlepas hanya kerana nak menikmati makanan dan hiburan. Tau tak kalian tiap kali mama tengok muka kalian basah dek kerana air sembahyang mama jadi sebak, apatah lagi melihat kalian dalam telekung putih utk bersolat,berbunga2 hati mama.Sejuk hati mama rasa nak peluk2 kalian. Bangga punya anak macam kalian.

     Sekarang kalian dah besar..mama dah bagi didikan dan tunjuk ajar bukan semampu mama tapi seperti yang sepatutnya kalian terima. Walaupun begitu mama tetap was2 sebab dunia ni terlalu kejam. Susah untuk kita kenal kawan dan lawan. Mama tetap risau utk kalian tapi mama harap kalian boleh melaluinya sebab mama dah bagi banyak nasihat dan panduan. Banyak kejadian yang kalian dah saksikan utk dijadikan panduan dan sempadan. Itulah sebabnya mama selalu heret kalian dalam bnyak majlis walau kalian dah besar. Mama tidaklah terlalu berjaya dalam kehidupan, sebab tu mama nak kalian lebih berjaya dari mama. Mama tak punya harta yang banyak untuk kalian warisi. Apa yang kalian nampak itulah saje yang mama ada. Harta, jangan sampai meminta-minta. Harta, jangan sampai bergaduh. Usaha jika mahu senang. Mama sentiasa tunjukkan jalan. Jangan harapkan orang lain utk senang. Biar kita ditipu tapi jangan sampai menipu sebab harta ni jadi darah daging. Jangan sekali-kali mengambil hak orang lain.. yang penting ingat dalam mengejar harta, jangan sampai harta tu menghalang kalian ke syurga Allah.

     Mama pun tak punya apa2 bila mulakan hidup dulu. Hanya suami yang sentiasa beri sokongan. Tapi berkat sabar dan disiplin InsyaAllah berjaya. Tapi kejayaan mama hanya sekadar kejayaan sang kura2 yang baru menghabiskan larian 1km. Mama dah letih. Ada 4km lagi. Mama passkan baton ini untuk korang teruskan larian. Ingat berlarilah terus..jangan rebah. Elakkan halangan, jangan pedulikan sorakan. Kalian membawa nama mama. Mama akan iringi dengan doa tapi mama tau kalian lebih kuat dari mama. Kalian lebih bertenaga dari mama. Tau tak anak-anak..walaupun kalian dah besar..dah boleh memasak dah boleh mengemas rumah dan memberi mama duit bulan skrg tp mama tetap anggap anak2 mama masih kecil yg perlu dijaga,ditanya,ditegur dan dimarah.

     Anak2 mama yang dikasihi,
     Mama bangga kalian yang ditakdirkan mengisi keluarga ini. Mama nampak kesungguhan kalian dalam pelajaran. dari gagal menjadi baik. Mama terharu dengan kalian yang walaupun dah besar tapi masih bermanja, masih minta disuap, minta dipicit bila sakit. Mama kagum kalian tidak merengek bila keluarga kita diuji. Mama terhibur dengan kalian yang sering buat lawak. Mama tak akan menukar apa-apa pun dalam dunia ni dengan kalian. Bila mama pandang teman2 mama yang punya BMW/Mercedes atau gelaran datin memang mama cemburu tapi bila mama pandang kalian semula mama sedar yang kalian adalah anugerah yang lebih berharga. Percayalah.. mama dapat harungi hidup ini antara sebabnya adalah kalian. Mama sayang anak-anak mama. Setiap kali rindukan mama,kalau kalian tak upaya mencium mama jadikanlah warkah ini sebagai penghilang rindu.. Jadikanlah cerita suka duka keluarga kita sebagai kenangan terindah sebab kita bersama telah berjaya dan mampu tersenyum..teruslah tersenyum.

Wassalam..

Mama.

2 ulasan:

  1. salam..saya melayari google pagi ni dan dapat blog ini. cerita ni tak buat saya sampai menangis tapi bergenang juga air mata.tahniah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trimakasih..baru belajar menulis harap dpt mnjadi pnduan ank2..trimakasih sebab melawt blog ini

      Padam