Ahad, 17 April 2016

ALHAMDULILLAH SUBHANALLAH - ZAKIR NAIK

     Perasaan kagum, hairan & terharu bercampur baur dlm diri Cik Mas. Kunjungan Dr Zakir ke Malaysia pada April 2016 ke Malaysia setakat hari ini kalau x silap Cik Mas sudah 5 orang. Tu semua yg mengucap sewaktu beliau berceramah. Menuturkan asyhadu ala illahhaillalah waasyhadu anna muhammaddur rasullullah. Syukur.
   
Mereka mendapat hidayah bila mendapat ceramah Dr Zakir. Siapa Dr Zakir?
Beliau dilahirkan pada 18 oct 1965 di Mumbai, India. Beliau mempunyai sarjana Perubatan dan Bedah. 1991 adalah tahun beliau berhenti kerja dan menjadi penceramah. Beliau berceramah diseluruh pelusok dunia dgn pelbagai tajuk dan mengislamkan orang dari pelbagai latar belakang dan sosio budaya. Subhanallah..
Kedatangan beliau ke Malaysia kali ini atas undangan Kerajaan Negeri Trengganu tetapi beliau mendapat tentangan dan halangan utk berceramah di beberapa tempat lain. Mcm2 alasan yg d beri tapi Dr Zakir Naik membuktikan kedatangan beliau ke Malaysia bkn sia2. Cik Mas pun heran kenapa la penyanyi luar negara dtg melalak kat Malaysia xada pun yg merungut tp Dr Zakir nk buat ceramah org x bagi. Mungkin ini dugaan Allah pada dia. Mari kita sama2 doakan yg terbaik untuk Dr Zakir Naik..semuga Allah melindungi beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan